Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

[VIDEO] Suspek Buang Bayi Dirakam CCTV Diburu

$
0
0

KELAB GREENBOC




Kangar – Polis Perlis memburu suspek yang dipercayai dalang dalam kejadian buang bayi di Masjid Alwi di sini Khamis lalu.

Imej suspek dirakam pada kamera litar tertutup CCTV masjid berkenaan dan kini diteliti polis.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin mengesahkan perkara itu dan kini memburu dua suspek termasuk wanita di dalam video.

Pihaknya memohon bantuan orang ramai yang mengenali suspek wanita yang dirakam itu agar menghubungi balai terdekat.

Sebelum kejadian dua suspek yang juga pasangan remaja lelaki dan wanita dikesan menumpang di masjid berkenaan.

Imej salah seorang daripada mereka dirakam pada CCTV masjid. -HM


LIHAT VIDEO DI SINI
Buang bayi di masjid


KANGAR - Bayi perempuan yang cukup sifat ditemui mati di dalam tandas lelaki di Masjid Syed Alwi, di sini pagi semalam.

Lebih menyedihkan, dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, mayat bayi berkenaan ditemui seorang pegawai tentera dalam keadaan tidak berpakaian mahupun selimut.

Menurut pengawal keselamatan masjid, Mohd Nazreen Mohd Ramli, 25, sebaik sahaja pegawai tentera tersebut memberitahu mengenai mayat itu, dia segera ke tandas untuk melihatnya.

“Bayi itu sudah cukup sifat dan keadaannya bersih, cuma tali pusat belum dipotong,” katanya ketika ditemui di masjid berkenaan, semalam.

Mereka kemudiannya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar untuk membuat laporan.

Mohd Nazreen memberitahu mayat bayi itu berkemungkinan diletakkan pada waktu subuh semasa orang ramai sedang menunaikan solat.

Menurutnya, pada kira-kira jam 9.30 malam kelmarin, sememangnya ada pasangan yang mendakwa sebagai suami isteri mahu menumpang tidur di masjid berkenaan.

“Saya tak syak apa-apa apabila melihat mereka membawa beg pakaian serta kelihatan letih.

“Hanya yang wanita saya benarkan tidur di dalam masjid manakala lelaki itu tidur di luar. Kemudian, lebih kurang jam 6.50 pagi saya lihat mereka keluar berjalan kaki,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kangar Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata bayi itu dipercayai dilahirkan dalam usia kandungan antara tujuh atau lapan bulan.

Kata Abdul Rahman bayi perempuan itu berkemungkinan dilahirkan di tempat lain sebelum ditinggalkan di dalam tandas berkenaan.

“Hasil laporan bedah siasat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) mendapati bayi tersebut meninggal dunia sebelum dilahirkan.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan jalan membuang mayat secara sulit,” jelas beliau.
-SH (24/1/14)

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722