Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Rafizi minta pertolongan Hong Kong siasat dakwaan penyelewengan Gani Patail

$
0
0
OLEH DIYANA IBRAHIM




















Susulan pendedahan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim mengenai salah laku Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, PKR akan meminta kerjasama pihak berkuasa Hong Kong untuk menyiasat isu tersebut.

Menurut Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli (gambar), keputusan itu diambil memandangkan masih tiada tindakan konkrit dari pihak berkuasa negara ini di atas pengakuan Mat Zain itu.

"Oleh yang demikian, sebagai Ahli Parlimen dan Pengarah Eksekutif badan pemantau rasuah National Oversight & Whistleblowers Centre (NOW Centre) saya telah membuat keputusan untuk menghubungi pihak berkuasa Hong Kong untuk membawa perkara ini ke perhatian mereka bagi siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Rafizi, NOW Centre mempunyai hubungan baik dengan pihak berkuasa Hong Kong dan beberapa Ahli Parlimen Hong Kong semasa siasatan terhadap dakwaan salah laku rasuah Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dibuat di Hong Kong tahun lalu.

"Kerana itu saya akan menghantar laporan dan permohonan rasmi kepada Setiausaha Keadilan Hong Kong, Pengarah Pendakwaan Awam Hong Kong Rimsky Yuen, Keith Yeung, dan Ahli Parlimen Hong Kong James To untuk menyiasat dakwaan wang sogokan dimasukkan ke akaun Tan Sri Gani Patail di Hong Kong," katanya.

Katanya meminta kerjasama dari Hong Kong merupakan tindakan wajar kerana pihak berkuasa negara itu mempunyai kuasa menyiasat urusniaga pemindahan wang yang melibatkan rasuah atau wang haram.

Malah kata Rafizi sekiranya Hong Kong menjalankan siasatan tersebut ia akan menggerakkan kerajaan Malaysia untuk memberi maklum balas mengenai kes tersebut.

"Saya percaya jika siasatan dapat dimulakan di Hong Kong, Kerajaan Malaysia tidak ada pilihan lain kecuali memberi maklumbalas mengenai perkara ini," katanya.

Lebih dari itu Rafizi berkata langkah tersebut boleh memberi desakan kepada kerajaan untuk menggantung sementara perkhidmatan Gani sehingga siasatan di Hong Kong selesai," katanya.

Tegas beliau kenyataan bersumpah bekas pegawai kanan polis yang pernah menyiasat pimpinan utama negara termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin membawa kesan besar kepada negara.

Katanya, ini kerana ia bukan saja melibatkan kepentingan awam namun menjejaskan krebiliti dan kebolehpercayaan terhadap sistem undang-undang negara.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722