Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Kenaikan Harga Rumah Naik 2014? Menteri + Kerajaan VS REDHA + Kapitalis Hartanah?

$
0
0

harga rumah naik



Kenaikan Harga Rumah Naik 2014 : Baguslah ada menteri yang sudah bangun dari lamunan tidurnya. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Abdul Wahid Omar menasihatkan pemaju perumahan mengehadkan pembelian unit kediaman bagi setiap individu terutama ketika jualan prapelancaran untuk mengekang kenaikan harga rumah yang melampau. 

Persoalannya adakah pemaju akan mengikut cakap menteri?

Apa jawapan Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) Datuk Seri Michael Yam?
  • Kebanyakan individu yang membuat keputusan untuk membeli lebih dari satu unit adalah kerana diskaun. Namun, sekiranya produk yang ditawarkan itu mendapat sambutan baik, tidak ada alasan untuk mereka menjual kepada individu yang sama.
  • Kaedah jualan prapelancaran juga adalah sebahagian daripada usaha menguji pasaran untuk melihat sambutan pembeli ke atas projek mereka
  • Kebanyakan syarikat pemaju mengadakan pra pelancaran jualan bagi melihat sejauh mana sambutan terhadap projek yang akan dijalankan

Kenaikan Harga Rumah Naik 2014 : Pemainan Pemaju Hartanah + Agen + Pelabur + Spekulator Hartanah?

Realitinya, masalah ini sudah lama diketahui umum, cuma sekarang ini kerajaan sedar atau tidak dan juga adakah mereka ada iltizam untuk membendung gejala kenaikan harga rumah naik 2014 yang hanya berdasarkan spekulatif selama ini. Ya…benar ini industri hartanah ini adalah pasaran bebas tetapi kerajaan ada kuasa, sekali lagi kuasa untuk mengawalnya. Hakikatnya hari ini, semasa pra-pelancaran unit rumah hampr setengah daripada unit telah habis dijual.
  • Pra-pelancaran 1st phase 50 unit teres 2 tingkat harga RM400K.  (itupun 60-70% unit habis kena sapu dengan staff pemaju, agen, spekulator hartanah yang lain, pelabur pada harga diskaun)
  • Apabila tiba sahaja hari pelancaran, sudah lebih 40&%-60% terjual.
  • Untuk tunjukkan kepada orang awam projek mereka laku bak goreng pisang panas supaya orang awam merasakan teruja dengan projek tersebut dan cepat-cepat beli sebab takut habis. Dalam pada masa sama, pemaju sudah mula perancangan 2nd phase pula.
  • Sedangkan apa yang berlaku hanyalah “wayang kalangan spekulator sahaja” (KLIK SINI UNTUK BUKTINYA)
  • Dalam masa 2 tahun, 1st phase siap untuk diduduki, 2nd phase sudah mula dibuka untuk tempahan/jualan.
  • Harga 2nd. phase ini lazimnya dibuat berdasarkan second hand market value 1st phase.
  • 1st phase dijual bermula RM400K dalam 2 tahun mungkin naik jadi RM600K. (ini spekulator punya kerja)
  • Jadi pemaju pasti akan jual, mungkin lebih sedikit dari RM650K. Walhal kos pembinaan dan kos pembangunan dalam tempoh 2 tahun tiada beza sangat sebenarnya.
  • Bank…? Tukang sembelih berformat dan sistematik ini apa dia pikir kesusahan orang awam, asal ada orang nak buat pinjam, bank sembelihlah.
  • Nah…itu sebablah kita lihat hari kenaikan harga rumah naik 2014 tidak akan berkesudahan…..
harga rumah naik 2014

Cadangan Berita Semasa : Bendung Kenaikan Harga Rumah Naik 2014?

Ada beberapa cara yang Kerajaan melalui BNM boleh lakukan bagi menegkang kenaikan harga rumah naik 2014 :-
  1. Hadkan pinjaman perumahan kepada 2 buah rumah sahaja untuk setiap orang. Yang mahu memiliki lebih dari dua rumah, maksudnya punya rumah yang ketiga, keempat dan seterusnya (jika ambil pinjaman) hendaklah diselesaikan pinjaman tersebut secara tunai dengan notis segera.
  2. Pembiayaan rumah kedua dihadkan kepada 80% dari harga rumah sahaja.
  3. Nilaian (valuation) rumah dibenarkan naik tidak lebih dari 2%-3% tahun ke tahun. Bank tidak boleh beri pinjaman melebihi valuation. (KLIK SINI)
  4. Haramkan prapelancaran perlu dilaksanakan dengan segara dan serta merta. Jangan bertangguh-tangguh lagi.
Tiba-tiba teringat SP Setia andaikata cadangan seperti di atas dilaksanakan. SP Setia siapa punya? Ermm…..

Sebenarnya jikalau harga rumah melebihi kemampuan majoriti penduduk Malaysia, kerajaan juga akan dapat “implikasi negatif“. Duit rakyat jikalau banyak pergi kepada bayaran rumah aktiviti ekonomi yang lain akan menjadi terencat. Ini mungkin menyebabkan ekonomi negara tersungkur.

P/S :  Kerajaan kalau nak buat seribu daya. Harga rumah sekarang sebenarnya spekulatif sahaja. Apa respon dan cadangan balas anda pula bagi isu kenaikan harga rumah naik 2014 kali ini?

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722