Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Kerajaan bazir RM50 dana Jabatan Bomba, lebih baik beri bonus kepada anggota

$
0
0

bee yin

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Udangan Negeri (Adun) Damansara Utama, Yeo Bee Yin mengecam tindakan kerajaan membelanjakan RM50 juta bagi peralatan tidak penting untuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPPM), sedangkan ia boleh diagihkan kepada kakitangan yang kebanyakannya bergaji rendah.

Beliau merujuk kenyataan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang mendapati ada keraguan dalam pembelian 116 unit Cobra Cutting Extinguisher e-300 (CCE) bernilai RM50 juta oleh Kementerian Kewangan, walau pun tidak pernah diminta jabatan itu.

Beliau berkata, jabatan bomba akan mendapat lebih manfaat jika wang itu digunakan untuk memberi kenaikan gaji atau pun bonus kepada kakitangan.

“Ramai anggota terima bayaran rendah – gaji pokok anggota muda kurang RM1000, malah Ketua Balai hanya dapat RM3,800. Malah, mereka tidak berhak untuk tuntutan lebih masa. Dalam skim gaji yang rendah, ramai rasa sukar untuk sara keluarga, terutama yang kerja di Lembah Klang.

“Jika kerajaan BN tidak bazir RM50 juta untuk beli CCS guna dana itu untuk bayar bonus kepada 13,000 anggota, setiap seorang sekurang-kurangnya akan terima RM3,800. Ia mesti dapat kurangkan bebanan, serta tingkatkan moral kepada mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya lagi, wang itu juga boleh digunakan untuk membeli jentera bomba yang amat diperlukan di balai seluruh negara, untuk menambah keberkesanan tugasan serta menjaga keselamatan anggota yang melaksanakannya.

PAC turut berkata alat yang dibeli menerusi rundingan terus dengan Syarikat Kejuruteraan Asasjaya Sdn Bhd itu berfungsi untuk memotong alat keras seperti konkrit dalam bencana seperti tragedi Highland Towers yang amat jarang berlaku.

Justeru, Bee Yin meminta agar Kementerian Kewangan memberi penjelasan berhubung pembelian itu yang dibuat tanpa tender terbuka.

“Kenapa Putrajaya begitu murah hati bayar pembekal melalui rundingan terus, tetapi memberi gaji kecil kepada anggota yang melindungi nyawa dan harta benda rakyat?

“Putrajaya mesti jujur dan telus. Adakah Jabatan Bomba dan Penyelamat dipergunakan sebagai saluran untuk kayakan satu pihak lain dengan merugikan mereka sendir serta keselamatan awam?” katanya lagi. – Roketkini.com

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722