Oleh : NAZLI IBRAHIM
SHAH ALAM : Selangor menyumbang satu perempat atau 25 peratus jumlah pendapatan negara melalui cukai berbanding satu perlima sebelum ini yang menzahirkan keupayaan ekonomi Selangor sebagai negeri maju.
Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail, kajian Malaysia Institut of Economic Research (MIER) menunjukkan bahawa pendapatan purata bagi keluarga golongan sederhana yang mempunyai empat ahli keluarga di Selangor ketika ini berjumlah RM5,753 sebulan.
Kata beliau lagi, Kerajaan Negeri ketika ini sedang giat melipat gandakan usaha bagi membantu meningkatkan lagi pendapatan golongan berpendapatan rendah kepada tahap yang lebih tinggi lagi.
“Kajian dijalankan berdasarkan kajian Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), pendapatan perkapita rakyat dan juga berdasarkan bagaimana pulangan pelaburan kepada persekutuan,” kata beliau.
Kajian itu dibentangkan panel institut kajian itu dalam pemungkiman Menteri Besar bersama Exco Kerajaan Negeri dan Ketua-ketua Jabatan baru-baru ini.
Rodziah berkata demikian selepas beliau merasmikan Program Hormat Diri Anda yang dianjurkan Exco Hal Ehwal Wanita Selangor pagi tadi.
Sementara itu dalam program yang turut dihadiri Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rawang, Gan Pei Nei dihadiri lebih 100 wanita dari pelbagai peringkat usia.
Program itu diadakan bagi memupuk kesedaran generasi muda wanita di negeri itu terhadap keupayaan sebenar dan peranan yang boleh dimainkan wanita dalam membentuk masyarakat yang lebih harmoni dan kehidupan yang lebih sejahtera.
Antara acara yang diadakan dalam program sehari itu, Forum, persembahan artis, cabutan bertuah, jualan pelbagai bahan bacaan dan cederamata serta kaunter khidmat awam.
EZY