Kumpulan Kristian yang mewakili pelbagai kelompok dominasi di Sabah kini bekerjasama dalam kempen persaingan agama susulan beberapa cubaan untuk mengislamkan mereka.
Perpaduan Anak Negeri Sabah (PAN) akan keluar selama enam bulan untuk berkumpul bersama Kristian pribumi untuk bersatu menyeru Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengeluarkan kenyataan berkenaan penggunaan kalimah Allah untuk Kristian Bumiputera.
"Kita mahu PM cakap sesuatu. Beliau bukan PM Melayu sahaja, tetapi PM semua orang," kata Pengerusi PAN, Esther Golingi kepada The Malaysian Insider.
PAN mengambil semangat Kadazan Dusun Murut lama ketika perang, Mamangkis yang digunakan oleh nenek moyang mereka untuk menghimpunkan pahlawan untuk berperang.
Golingi bagaimanapun berkata, seruan sekarang adalah dalam bentuk konteks sebagai Kristian seruan untuk bangkit semula.
PAN akan mengadakan mamangkis di Ranau pada Jumaat ini sebagai sebahagian daripada program mereka dengan sasaran ratusan Kristian akan turut serta.
Mobilisasi PAN bermula selepas laporan terdapat sekumpulan 64 penduduk kampung, termasuk kanak-kanak daripada tiga kampung di pedalaman Sabah di daerah Pitas iaitu Kampung Layung Maliau, Dowokon dan Sosop ditipu sebelum diislamkan.
Kesal dengan janji yang dilanggar Putrajaya apabilla Sabah menyertai Malaysia, PAN khuatir kebebasan beragama yang dijamin dalam Perlembagaan tidak lagi diamalkan.
"Kami tidak berdendam dengan Islam jika ia diterima tanpa sebarang paksaan. Namun kami kecam penukaran agama yang dilakukan dengan penipuan dan rasuah.
"Kita mahu menyembah Tuhan. Kita mahu bersatu sebagai Kristian. Dengan lebih 30,000 penduduk Sabah bekerja di Semenanjung, apa jadi kepada kebebasan beragama," kata Golingi dan menambah penduduk Kristian Sabah tidak lagi dibenarkan membawa Bible berbahasa Melayu ketika berada di Semenanjung.
Kumpulan di Sabah dan Sarawak tidak berhenti berdebat berhubung isu penggunaan perkataan Allah kerana kebanyakan penduduk pribumi beragama Kristian merasakan ketegangan di Semenanjung mengenai isu itu mula dirasai di Borneo.
"Hari ini, kita kehilangan kebebasan diberikan Tuhan dalam banyak perkara. Kita tidak dibenarkan untuk merujuk Tuhan sebagai Allah. Lebih malang, kita tidak dibenarkan mengajarkan anak kita tentang Tuhan, yang mereka kenal sebagai Allah, pencipta alam ini,” katanya.
Beliau berkata, agama kini dijadikan mainan politik dan Malaysia perlu melihatnya kembali.
"Kita perlu berpegang kepada Perlembagaan yang mengakui hak kebebasan beragama.
"Kebebasan beragama bermakna kebebasan beragama," katanya.
Ketegangan timbul selepas Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu dan merampas lebih 300 Bible berbahasa Melayu dan Iban daripada pejabat Persatuan Bible Malaysia (PBM).
Kumpulan Islam kemudiannya turut berhimpun berhampiran gereja di Klang menentang penggunaan kalimah Allah oleh Kristian dalam Bible mereka.
Editor penerbitan mingguan Herald, Paderi Lawrence Andrew turut disiasat di bawah Akta Hasutan selepas mengatakan gereja di Selangor akan tetap menggunakan perkataan Allah dalam upacara keagamaan mereka.
Kristian membentuk 9% daripada 29 juta rakyat Malaysia.
Dua pertiga penganut Kristian di Malaysia adalah Bumiputera yang kebanyakannya berada di Sabah dan Sarawak.