Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

'Tidak' pada Taib sebagai YDP baru Sarawak

$
0
0

MALAYSIAKINI

 
 
 
DAP Sarawak hari ini menjelaskan bahawa mereka menentang sebarang usaha untuk melantik Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud sebagai Yang di-Pertua Negeri seterusnya.
 
Ini kerana Taib secara aktif disiasat bawah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, kata ketua DAP Sarawak Chong Chieng Jen hari ini.
 
"Pasukan petugas 10 anggota ditubuhkan untuk menyiasat Taib selepas banyak aduan rasuah, salah guna kuasa dan konflik kepentingan difailkan terhadapnya," kata Chong yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa dan anggota Parlimen Bandar Kuching.
 
Beliau merujuk kepada spekulasi dalam ruang politik, dan dibincang meluas di Kuching.
 
Spekulasi itu antaranya menyebut, Taib akan, selepas 28 Februari 2014, meletakkan jawatan sebagai ketua menteri dan seterusnya menjadi ketua negeri.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722