Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Bas bawa penduduk Pengerang ke mahkamah disimbah asid

$
0
0

HAZAYANI ZAKARIA 


KUALA LUMPUR: Bas yang membawa 30 penduduk Pengerang ke Mahkamah Tinggi Johor Bahru hari ini disimbah asid oleh empat orang yang menaiki kenderaan pacuan empat roda Hilux.

Menurut Timbalan Pengerusi NGO Badan Bertindak Pengambilan Tanah Pengerang (Mantap), Mazlan Aliman, kejadian tersebut berlaku di kawasan parkir Menara MSC Cyberport Johor Bahru jam 11.10 pagi tadi.

kejadian tersebut disaksikan beberapa penumpang yang sedang menaiki bas selepas selesai urusan di mahkamah.

15 daripada mereka memfailkan permohonan semakan kehakiman notis mengalih dan memindahkan perkuburan Cina Pengerang oleh pihak pentadbir tanah.

"Kejadian ini dipercayai ada kena mengena dengan tindakan 15 orang penduduk Cina Pengerang yang memfailkan permohonan semakan kehakiman notis mengalih dan memindahkan perkuburan Cina Pengerang oleh pihak pentadbir tanah.

"Mereka mewakili keluarga yang telah meninggal dunia, di mana kubur tersebut mahu dipindahkan dalam tempoh selewat-lewatnya nya Mac ini," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

Ekoran kejadian itu, pemandu bas membuat laporan di Balai Polis Central Johor Bahru.

Mazlan berkata, pihaknya kesal jika benar insiden tersebut dilakukan oleh pihak yang cuba menakut-nakutkan penduduk Pengerang dan menggesa pihak polis menjalankan siasatan segera.

"Sebagai sebuah negara demokrasi, setiap rakyat dijamin di bawah fasal 10 Perlembagaan atas nama kebebasan bersuara, berkumpul dan berpesatuan. Hak mereka ke mahkamah tidak seharusnya di sabotaj dengan tujuan jahat dan menimbulkan kebimbangan kepada rakyat," tegasnya.

Sementara itu, beliau mengulangi pendirian bahawa tanah perkuburan islam mahu pun bukan Islam tidak harus dipindahkan untuk projek pembangunan.

"Ia selari dengan pandangan sebelum ini bahawa pembangunan projek RAPID Pengerang hendaklah dibuat atas tanah kerajaan tanpa mengorbankan penempatan penduduk," katanya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722