Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

'Kangkung cetus 13 Mei bila telunjuk cucuk mata'

$
0
0

MALAYSIAKINI




 Pertelingkahan berhubung isu 'kangkung' boleh mengundang peristiwa seperti 13 Mei sekiranya terus digembar-gemburkan, demikian menurut kumpulan pendesak Melayu PERKASA hari ini.

Ketua penerangannya Muhammad Zahid Md Arip (gambar bawah, berbaju biru) berkata, isu tersebut kini sudah menjadi isu perkauman dan pertentangan dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia.


"(Peristiwa) 13 Mei kita rasa akan berulang kembali. Ia boleh berulang kembali kalau ada yang mahu ia berlaku.

"Macam isu kangkung kalau keterlaluan, sampai kata orang 'telunjuk mencucuk mata'. Ia tidak mustahil boleh berlaku," katanya.

Bercakap dalam sidang media di ibu negara hari ini, Zahid berkata, peristiwa ala 13 Mei boleh berlaku akibat daripada pertelingkahan keterlaluan yang memecahbelahkan perpaduan kaum.

Beliau diminta mengulas penggunaan sepanduk dalam perhimpunan membantah 'flash mob kangkung' wakil rakyat PKR Lee Khai Loon di Seberang Jaya, Pulau Pinang pada 18 Januari lalu.

Sepanduk kontroversi itu berbunyi: “Kerana mulut pemimpin DAP, 13 Mei 1969 terjadi... Mahu lagi ka?”.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722