MALAYIAKINI
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir bimbang dasar “betul tapi tak popular” dalam menangani masalah khususnya kenaikan kos sara hidup rakyat menyebabkan kerajaan sedia ada tumbang pada pilihan raya umum akan datang.
Mukhriz dilaporkan berkata kerajaan wajib mendengar rintihan pihak yang memberikan kemenangan pada BN dan dikhuatiri mereka kesal kerana "pihak yang disokong seolah-olah tidak prihatin, tidak peduli suara akar umbi".
"Malangnya dalam keadaan sekarang, BN menang tipis tak dapat dua pertiga majoriti seperti sebelum ini. Ada perkara yang boleh dibuat, ada yang tak mampu dibuat selagi kita tidak dapat keyakinan sepenuhnya daripada rakyat.
"Saya bimbang kalau hanya fikirkan dasar yang baik dan betul saja dengan ketepikan terus soal populariti, maka akhirnya dalam PRU (pilihan raya umum) akan datang, walaupun kita buat perkara yang betul tetapi disebabkan persepsi rakyat sudah begitu, kita akan kecundang.
"Ketika itu, tiada apa yang boleh dilakukan kerana nasi dah jadi bubur," katanya dalam wawancaranya yang disiarkan dalam Berita Minggu hari ini.
Anak lelaki bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir itu mengulas sama ada isu kenaikan kos sara hidup akan menjejaskan peluang BN menghadapi pilihan raya umum ke-14 akan datang.
'Populariti sangat penting'
Bulan lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (bawah) menegaskan pentadbirannya tidak mengambil pendekatan populis sebaliknya sentiasa berusaha memastikan hasil negara berkembang sebelum membuat 'janji-janji manis' kepada rakyat.
Dalam wawancara itu juga, Mukhriz yang juga ADUN Ayer Hitam menyifatkan populariti sangat penting dalam pilihan raya dan menegaskan "tidak boleh menang kalau tidak popular".
"Satu lagi ialah isu siapa mengatakan bahawa yang baik itu tidak popular. Kita kena cari satu penyelesaian sendiri, bukannya berdasarkan nasihat luar atau pihak yang ada kepentingan meragukan kerana kita lebih faham masalah sendiri," katanya.
Mukhriz berkata tiada jaminan orang yang memberi nasihat itu bersikap ikhlas untuk membantu dan menggesa BN perlu kreatif untuk menyelesaikan masalah rakyat "secara popular dan betul".
"Betul dan popular itu bukannya suatu yang eksklusif, ia sebenarnya tidak menidakkan satu sama lain. Tetapi kena kaji mendalam, apakah penyelesaian itu," katanya.