Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Isu pukul anak tak solat, Sweden perlu sensitif

$
0
0

Nik Nazmi Nik AhmadPengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad


SHAH ALAM – Timbalan Speaker Dun Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad menyifatkan tindakan meletakkan anak kepada pasangan Malaysia di Sweden di bawah jagaan keluarga bukan Islam, sebagai tidak memahami sensitiviti antara budaya dan agama, meski pun mereka telah melanggari undang-undang negara tersebut.

Menurutnya, pihak berkuasa Sweden sepatutnya lebih sensitif dan menghormati kepercayaan agama pihak lain dengan tidak mengambil tindakan keterlaluan seperti itu jika mahu undang-undang negara tersebut terus dihormati dan dipatuhi warga asing termasuk rakyat Malaysia.

“Kes ini nampaknya timbul akibat ketidakfahaman antara budaya. Sememangnya kita perlu menghormati undang-undang sesebuah negara namun pada masa yang sama negara tuan rumah sewajarnya sensitif terhadap pelaksanaan undang-undang dan tidak mengambil tindakan yang keterlaluan.

“Anak-anak mereka telahpun meluahkan hasrat untuk dijaga oleh keluarga Islam di dalam pertemuan mereka dengan Kedutaan Malaysia dan Perkhidmatan Sosial Sweden malah perkara itu disokong oleh keluarga jagaan mereka,” katanya yang dipetik daripada kenyataan medianya, hari ini.

Pasangan Malaysia, Azizul Raheem Awalludin, kakitangan Tourism Malaysia di Stockholm dan isterinya Shalwati Nurshal, seorang guru sekolah menengah yang didakwa memukul anak sulung mereka kerana tidak menunaikan solat telah ditahan pihak berkuasa Sweden di kediaman mereka pada 14 Disember tahun lalu.

Penahanan itu disebabkan undang-undang ketat Sweden yang melarang anak dihukum melalui fizikal walaupun tanpa melibatkan kecederaan.

Dalam pada itu, Nik Nazmi yang juga Adun Seri Setia menggesa pihak terbabit agar membenarkan saudara mara pasangan tersebut menemui keempat-empat anak pasangan tersebut.

“Pasangan ini telah pun ditahan lebih sebulan sementara keempat-empat anak mereka dipindahkan ke rumah jagaan keluarga bukan Islam.

“Saya menghargai usaha semua pihak di dalam mendapatkan kebenaran untuk saudara-mara pasangan tersebut bertemu anak-anak mereka,” katanya lagi.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722