HARAKAHDAILY
KUANTAN: Mungkin sudah tiba masanya usaha memperbesarkan Stadium Darul Makmur dapat difikirkan bagi membolehkan lebih ramai penyokong menyaksikan perlawanan bola sepak di stadium itu yang kini hanya mempunyai kapasiti 30,000 penonton.
Cadangan itu yang disuarakan kalangan penyokong Pahang selepas menyaksikan perlawanan Piala Sumbangsih, Pahang dengan Lions XII di sini, malam tadi, turut berharap stadium baharu dibina sekiranya pembesaran tidak dapat dilakukan.
Mohammad Faiz Hassim yang mewakili beberapa penyokong berkata langkah itu wajar diambil kerana setiap kali perlawanan bola sepak berlangsung di stadium, ramai penyokong yang hampa kerana tempat yang terhad.
"Untuk itu, harapan kami sebagai penyokong Pahang meminta kepimpinan kerajaan pusat supaya kalau boleh diperbesarkan stadium sedia ada yang telah menjangkau usia melebihi 40 tahun dan hanya boleh memuatkan 30,000 orang sahaja," katanya kepada pemberita di sini.
Seorang lagi penyokong Ashari Jamaluddin berkata, keperluan untuk menambah kapasiti muatan stadium berkenaan perlu dibuat berdasarkan kehadiran penyokong yang begitu ramai untuk menyaksikan perlawanan bola sepak.
"Kalau boleh, kami mintak satu stadium yang baharu dapat dibina di kawasan yang lebih selesa, selamat dan aman sebab kita tahu Pahang ada sejarah (membabit aktiviti liar penyokong) yang pernah terjadi dan kita tidak mahu sejarah itu berulang," katanya.
Perkara itu turut disokong Pengurus Pasukan Bola Sepak Pahang Datuk Che Nasir Salleh yang berharap kerajaan pusat mempertimbangkan untuk membina stadium baharu.
"Stadium sedia ada dah lama dan kapasiti sudah tidak dapat menampung jumlah penyokong yang besar...(Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak kalau boleh dapat meluluskan pembinaan satu stadium yang baharu," katanya.
Katanya, dengan penampilan skuad Tok Gajah yang baik, dijangka akan terus menarik lebih ramai penyokong untuk menyaksikan perlawanan di Stadium Darul Makmur.
Sebagai contoh katanya, tiket untuk perlawanan Piala Sumbangsih semalam telah habis dijual dalam masa tiga jam dan ramai penyokong yang kecewa disebabkan tidak dapat menyaksikan perlawanan di stadium. - Bernama