Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Pemimpin SAMM dipanggil ke Dang Wangi melalui SMS

$
0
0

MALAYSIAKINI





Dua pemimpin NGO mempersoalkan mengapa pihak polis tidak menggunakan prosedur yang betul untuk memanggil mereka hadir di balai polis Dang Wangi berkaitan TURUN.


Menurut Pengarah Sekretariat Solidariti Anak Muda Malaysia
(SAMM), Isamuddin Sanusi, ketua NGO itu Badrul Hisham Shaharin (Chegubard) dan Pengarah propaganda, Edy Noor Reduan menerima SMS meminta mereka hadir pada pukul 3 petang hari ini.

"Panggilan untuk hadir ke balai melalui SMS tidak memenuhi keperluan notis 111, namun kedua-dua wakil SAMM tetap berjiwa besar untuk memberi kerjasama kepada pihak polis walaupun tidak terlibat dalam sebarang penganjuran pada himpunan malam 31 Disember," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata,  sebaliknya, mereka berdua akan ke balai polis Dang Wangi pada jam 11 pagi esok.

Menurut prosedur , pihak polis mesti mengeluarkan notis di bawah Seksyen 111 Kanun Prosedur Jenayah untuk meminta kehadiran seseorang individu untuk disoal siasat di balai polis.

Pada malam ambang Krismas sepasukan polis telah pergi ke rumah Chegubard pada lewat malam untuk menyoalnya,  tetapi gagal.

Mereka enggan mendedahkan sama ada kedatangan mereka itu berkaitan dengan perhimpunan pada 31 Disember yang dirancang oleh Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN ) untuk membantah kenaikan harga.

Perhimpunan di Dataran Merdeka Kuala Lumpur itu menyaksikan sekurang-kurangnya 10,000 orang, sesetngahnya melaporkan 50,000 orang, hadir untuk membantah kenaikan harga dan cukai yang meningkatkan kos hidup.

Walaupun menjelang perhimpunan itu, pihak berkuasa mendakwa ada

plot untuk mencetuskan huru-hara, meledakkan bahan letupan dan menggulingkan kerajaan, namun pihak penganjur telah membuktikan bantahan itu berjalan tanpa sebarang insiden besar.

"SAMM menegaskan perhimpunan anjuran rakyat pada malam tersebut juga berlangsung dengan aman, tidak seperti yang digambarkan secara melampau oleh pihak polis sebelumnya," kata Isamudin.

"SAMM menekankan bahawa perhimpunan yang dianjurkan oleh rakyat pada malam itu telah dijalankan secara aman, jauh dari gambar dibesar-besarkan dilukis oleh polis sebelum ini, " kata Isamuddin.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722