MALAYSIAKINI
Cakap-cakap mengenai kegagalan perbincangan sulit bagi menubuhkan kerajaan perpaduan di antara Umno dan Pakatan Rakyat selepas perbincangan selama lapan bulan, hanya diketahui Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail melalui laporan media.
Enggan mengesahkan kewujudan perbincangan itu atau tidak, Saifuddin berkata beliau akan mengadakan sidang media tentangnya jika beliau mempunyai sebarang komen kelak.
"Saya hanya tahu tentang perkara ini melalui laporan media.
"Kalau saya ada ulasan lanjut tentangnya, saya akan panggil sidang media," kata Saifuddin ringkas sewaktu dihubungi Malaysiakini.
Beliau berkata demikian sewaktu diminta mengulas berita tentang perbincangan itu yang didakwa diusahakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi mengukuhkan kedudukannya selepas pengaruh beliau di dalam Umno didakwa semakin goyah.
Berita tersebut yang memetik sumber terdekat dengan ketua pembangkang, melaporkan perbincangan itu yang diketuai Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagi pihak Umno ditolak Pakatan Rakyat yang secara umumnya meragui keikhlasan Najib.
Pada masa sama Najib juga dilaporkan gagal mendapat persetujuan badan pembuat keputusan tertinggi Umno, untuk menerima cadangan tersebut.