Nazar Hashim
BUKIT MERTAJAM: Terdesak menghadapi kecaman akibat pelbagai penyelewengan kerajaan dan kenaikan kos sara hidup, Umno-BN menggunakan isu sensitif untuk mengalih masalah rakyat, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Demi survival politik Umno-BN, mereka mengalih isu kenaikan harga barangan yang membebankan rakyat kepada isu (fahaman) Syiah, kalimah Allah, pindaan enakmen Selangor dan sebagainya.
“Semua isu yang dibangkitkan bertujuan menyembunyikan masalah rasuah, salah laku,
penyelewengan dalam penguatkuasaan undang-undang dan pemborosan dalam pentadbiran Najib,” kata Anwar.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas program ramah mesra bersama penduduk Sungai Lembu, Bukit Mertajam semalam.
Kata Anwar lagi, Pas dan KEADILAN tetap tidak akan menyokong mana-mana isu yang dibangkitkan sekiranya ia menggugat orang Melayu dan umat Islam dalam negara ini walaupun ia dibangkitkan oleh komponen seperti DAP.
Tambah Anwar, Umno-BN yang ketandusan isu berterusan menggunakan taktik melaga-lagakan pimpinan Pakatan Rakyat, dengan menyentuh isu orang Melayu dan agama Islam sebagai taruhan, sedangkan ancaman sebenar adalah dasar kerajaan Umno yang menjerut orang Melayu sendiri.
“Dakwaan mengatakan Pas dan KEADILAN mengikut telunjuk DAP serta tidak menghormati Islam tidak benar dan menyimpang dari kedudukan sebenar.
“Mereka menyedari Pakatan Rakyat menyelesaikan masalah berbangkit secara konsesus, yang mereka lakukan ialah memainkan isu demi isu untuk mengalih isu sebenar rakyat,
“Ini semua tidak berjaya untuk mengubah pendirian rakyat untuk terus bangun menentang pembohongan dan kezaliman yang sering menjadi amalan pimpinan kerajaan,” tegas Anwar.