Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Rumah penduduk Kg India Batu 2 bakal dirobohkan

$
0
0

 
Kampung yang berusia 70 tahun menghadapi ancaman perobohan disebabkan projek kereta api berkembar elektrik Gemas-Johor Baru.




PETALING JAYA: Penduduk Kampung India Batu 2 Mengkibol di Kluang Johor bakal kehilangan rumah setelah usaha mereka menyelamatkan kampung  dipandang enteng oleh kerajaan.

Kampung yang berusia 70 tahun menghadapi ancaman perobohan disebabkan projek kereta api berkembar elektrik Gemas-Johor Baru.

Perbadanan Aset Kereta Api (PAK)  dan Pejabat Tanah Kluang telah bertindak secara agresif mendesak dan mengugut untuk menghalau penduduk sejak tiga  minggu lalu, dakwa Ketua penyelaras gerakan selamatkan Kampung India Mengkibol (G-Skim), Ilamaran Ramamoorthy .

Beliau berkata, tanah tersebut adalah milik kerajaan dan bukan seperti yang dituntut pihak berkenaan.
“Kami mempunyai surat dari Pejabat Tanah Kluang, tanah itu bukan milik KTMB (Kereta api Tanah Melayu Berhad),” katanya.

G-Skim telah membuat rayuan kepada pemimpin utama termasuk Perdana Menteri, Menteri Besar Johor, Presiden MIC, Menteri Pengangkutan serta Sultan Johor untuk membantu menyelamatkan kampung tersebut.

Bagaimanapun, kata Ilamaran mendakwa, hanya Perdana Menteri yang memberi perhatian dengan menghantar dua pegawai untuk melihat sendiri masalah kampung tersebut.

`Nafas baru’

“Selepas dikejar berkali-kali kami diberitahu Datuk Seri Najib Tun Razak telah meminta PAK menghentikan segala tindakan sehingga mereka memberikan maklum balas penuh masalah kami kepada beliau (Perdana Menteri).

“Ia memberi nafas baru kepada penduduk dan mengharapkan boleh diselesaikan menjelang sebelum pilihan raya umum Mei lalu tetapi tiada apa yang berlaku.

“Kami cuba berbincang dengan pentadbir tanah Kluang tetapi tidak berjaya. Seterusnya kami bawa kepada pegawai tertinggi di Jabatan Perdana Menteri tetapi mereka tidak mahu campur tangan kononnya orang MIC terlibat.

“Kami cuba mendapatkan bantuan dari Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy dan beliau telah menghantar surat kepada Kementerian Pengangkutan untuk mengadakan perbincangan bagi menyelesaikan masalah ini,” katanya lagi.

Beliau berkata, penduduk bukan menentang pembangunan tetapi mahukan keadilan.

“Rumah-rumah kami jauh dari landasan, kalau benar-benar rakyat didahulukan kenapa tidak mendengar permintaan dan rayuan selama ini?

“Apakah kerajaan BN hanya mementingkan pembangunan yang membawa penderitaan kepada rakyat?,” tanya Ilamaran lagi.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722