Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

'Isu 'Allah' timbulkan lebih ketegangan dari manfaat politik'

$
0
0

MALAYSIAKINI





Kajian sebuah Universiti tempatan menunjukkan 77 peratus orang Melayu tidak bersetuju kalimah Allah digunakan penganut agama lain.

Bagaimanapun, kajian oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) yang dikeluarkan semalam menunjukkan isu ini bukan satu tanda aras menunjukkan kekuatan sokongan kepada mana-mana parti politik.


"Penggunaan Kalimah Allah merupakan satu isu yang sangat sensitif
dalam kalangan responden Melayu berbanding responden Cina dan India.

"Secara keseluruhannya, seramai 77 peratus responden Melayu menyatakan bahawa Kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh penganut agama lain.

"Bagi responden Cina dan India pula, masing-masing 21 peratus dan 28 peratus tidak bersetuju Kalimah Allah digunakan oleh penganut agama lain selain daripada Islam," demikian menurut hasil kajian tersebut.

Kajian UMcedel ini dilakukan dari 6 hingga 8 Disember 2013 di Semenanjung Malaysia melibatkan 1676 responden setelah polemik penggunaan kalimah Allah memuncak.

Hasilnya dari kesemua responden ialah 58 peratus atau lebih setengah dari responden tidak bersetuju penggunaan Kalimah Allah oleh agama lain.

Bagaimanapun kajian itu mendapati tiada parti yang mendapat manfaat baik dalam isu yang dipolemikkan ke seluruh negara ini.

Menurut kesimpulan kajian itu, walaupun 77 peratus responden Melayu menolak penggunaan nama Allah kepada agama lain, hanya 45 peratus memihak kepada BN, 40 peratus kepada Pakatan Rakyat dan 15 peratus lagi tidak pasti.

"Dalam konteks politik Malaysia, perbezaan 5 peratus tidak mampu memberi kelebihan kepada mana-mana parti jika isu ini dieksploitasi untuk tujuan politik.

"Jelas menunjukkan bahawa isu Kalimah Allah yang hangat dimainkan oleh pihak media ini tidak membawa kepada perubahan secara drastik sokongan pengundi Melayu kepada parti yang disokong sebelum ini," katanya.

Polemik kalimah ini memuncak apabila Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menjalankan penguatkuasaan di bawah Enakmen kerajaan negeri yang dilihat bertentangan dengan penyelesaian 10 perkara yang dicadangkan kerajaan persekutuan pada 2010.

JAIS telah merampas 321 Bible dalam bahasa Melayu dan 10 Bible dalam bahasa Iban dalam serbuan terhadap BSM pada 2 Januari lalu - kedua-duanya mengandungi kalimah "Allah" sebagai terjemahan untuk "Tuhan".

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722