Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Petisyen pilihan raya Lubuk Merbau ditolak lagi, atas alasan petisyen cacat

$
0
0

OLEH V. ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA
 

Mahkamah Pilihan Raya hari ini menolak untuk kali kedua petisyen pilihan raya DUN Lubuk Merbau, Perak, atas alasan teknikal.

Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli, yang membenarkan bantahan awal oleh responden berkata petisyen yang difailkan Mohd Ridzuan Asit adalah cacat.

"Oleh itu, mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes ini," katanya.

Abdul Rahman juga memerintahkan Ridzuan membayar RM30,000 kepada Ahli Dewan Undangan Lubuk Merbau Datuk Siti Salmah Mat Jusak daripada Barisan Nasional dan Suruhanjaya Pilihan Raya.

Ridzuan, seorang peniaga kecil, berkata beliau akan mengarahkan peguamnya untuk merayu di Mahkamah Persekutuan.

"Peguam saya telah dinafikan daripada berhujah di mahkamah minggu lepas. Keputusan itu menyebabkan saya tidak mempunyai peguam yang cekap untuk berhujah berkenaan perkara teknikal," katanya kepada The Malaysian Insider.

Sebagai pengundi di kawasan pilihan raya itu, Ridzuan telah memfailkan petisyen untuk membatalkan keputusan pilihan raya Mei 5 lalu kerana terdapat unsur rasuah dan bilangan undi rosak yang luar biasa.

Minggu lepas, hakim telah menolak kelayakan peguam Chan Kok Keong daripada mewakili Ridzuan dan sebaliknya mengarahkan pempetisyen (Ridzuan) untuk membuat penyerahan petisyen.

Ridzuan kemudiannya cuba mengenepikan Abdul Rahman sebagai hakim atas alasan beliau (Ridzuan) akan dinafikan perbicaraan yang adil.

Beliau kemudian memohon untuk menangguhkan prosiding sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Permohonan ini juga telah ditolak.

Pada 23 Disember, Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan Ridzuan dan mengarahkan petisyen Lubok Merbau didengar sepenuhnya oleh Mahkamah Pilihan Raya.

Pada pilihan raya umum ke-13, Siti Salmah menewaskan calon PAS Mohd Zainudin Mohd Yusof dengan 53 undi.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722