Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Jumlah Pinjaman Tak Berbayar Kad Kredit Rakyat M'sia Pada Tahap Tidak Membimbangkan

$
0
0
Ahmad Maslan.
MSTAR ONLINE


KUALA LUMPUR: Jumlah pinjaman tidak berbayar bagi kad kredit oleh rakyat Malaysia berada pada tahap yang tidak membimbangkan, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.

"Dilihat daripada hutang tidak berbayar, hutang kad kredit hanyalah 4.1 peratus daripada jumlah hutang isi rumah.

"Hutang isi rumah adalah 85.7 peratus daripada jumlah kadar keluaran dalam negara kasar (KDNK) dan ia bukan satu perkara yang merunsingkan kerana pinjaman tidak berbayar (NPL) kini berada pada tahap 1.4 peratus berbanding 98.6 peratus yang membayar mengikut masa yang ditetapkan," kata Ahmad Maslan.

Bercakap kepada pemberita selepas mendengar taklimat pendidikan kewangan dan pengurusan kredit rakyat Malaysia pada Rabu, beliau berkata hutang membeli rumah adalah yang tertinggi iaitu sebanyak 44.3 peratus, diikuti hutang kenderaan 17.3 peratus dan hutang peribadi 16.8 peratus.

Masalah utama hutang tidak terkawal berpunca daripada perancangan kewangan yang lemah iaitu sebanyak 22.8 peratus berbanding 4.4 peratus yang menyebutkenaikan kos sara hidup sebagai sebab utama hutang tidak terkawal.

Ahmad berkata, seramai 248, 491 individu telah mengikuti sesi kaunseling kewangan dan daripada jumlah itu, 100,871 terlibat dengan program pengurusan kredit yang dikelolakan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan kredit (AKPK).

Mengulas mengenai kesan kenaikan harga terhadap peningkatan jumlah individu yang terlibat dalam kaunseling pengurusan kredit, beliau berkata jumlah itu mungkin akan berkurangan pada hujung tahun ini disebabkan oleh lebih ramai pihak memahami dan mengamalkan pengurusan kewangan secara efektif.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Konsumer dan Amalan Pasaran Bank Negara Malaysia, Suhaimi Ali berkata, silibus mengenai pengurusan kewangan telah dimasukkan dalam pembelajaran murid tahun empat.

"Dengan kerjasama kementerian pendidikan, silibus tentang pengurusan kewangan dimasukkan dalam subjek seperti Matematik, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Kita menyasarkan 37,000 guru sedia ada terlibat dalam kursus yang melayakkan mereka mengajar tentang pengurusan kewangan," katanya.

Beliau berkata, langkah pencegahan penting memandangkan generasi muda terdedah kepada tekanan gaya hidup ketika berbelanja dan mudah terikut-ikut dengan trend, oleh itu pendidikan awal penting dalam melahirkan generasi yang bebas masalah hutang.

AKPK menawarkan program pendidikan kewangan, pengurusan wang ringgit and (Power!) yang meliputi enam bab praktikal iaitu pengurusan aliran tunai, asas meminjam, penggunaan kad kredit secara bijak, membeli kereta, membeli rumah danmengurus hutang anda.

Sesi Power! akan diadakan di Pulau Pinang, Melaka, Johor Baharu, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching pada setiap hari Rabu dari 9.30 pagi hingga 1.30 tengah hari.

Program yang sama diadakan di ibu pejabat AKPK di Kuala Lumpur pada masa yang sama setiap Sabtu. - BERNAMA

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722