Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Jadikan Kem Kamunting muzium ingati kezaliman ISA

$
0
0

KEADILAN DAILY

 

kem_tahanan


KUALA LUMPUR : Pusat tahanan Kamunting perlu dijadikan lokasi sejarah bagi mengenang kezaliman Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kata ahli parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian.

Kata Hee, kerajaan wajar mencontohi Jerman yang menjadikan kem konsentrasi Nazi di Buchenwald sebagai tempat peringatan kepada keluarga mangsa, pencinta hak asasi, demokrasi sebagai tarikan sejarah.

“Kita harus berusaha agar Kem Tahanan Kamunting yang sebelum ini menempatkan tahanan ISA dijadikan pusat pelancongan bagi memperingati kezaliman kerajaan memenjarakan seseorang itu tanpa bicara.
Hee_Loy_Sian 
“Pusat tarikan pelancong ini juga akan menjadi tarikan sempena Tahun Melawat Malaysia 2014,” kata Hee dalam kenyataan.

Kata Hee, sehingga kini kem konsentrasi Buchenwald menerima berjuta pelawat seluruh dunia dengan tarikan multimedia dan papan-papan tanda serta pameran realistik yang semestinya menjana pendapatan kepada industri pelancongan Jerman.

“Seramai 1,100 tahanan mati di tempat tersebut termasuk kanak-kanak akibat tiada makanan, kesejukan dan sakit. Lebih kurang 75 tahanan mati setiap hari

“Tempat ini (Buchenwald) ditutup pada 1945 selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua dan dibuka kepada umum.

“Seperti Buchenwald kem konsentrasi menjadi tempat bagi rakyat Jerman dan seluruh dunia memperingati sejarah kekejaman Nazi.

“Saya pasti dengan pengumpulan arkib testimonial mangsa-mangsa ISA termasuk tahanan yang berjaya menghabiskan khatam al-Quran 15 kali di Kem Tahanan boleh menjadi iktibar kepada kita semua,” katanya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722