Syafiq Syazwan
KUALA LUMPUR - Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NG) Comango bertindak 'menekan' kerajaan dengan menghantar laporan kepada Pertubahan Badan-Badan Bersatu (PBB) yang mendakwa kerajaan telah melanggar hak asasi manusia.
Pengarah Pusat Komas Comango, Jerald Joseph berkata, wakil pelapor juga telah menghantar kenyataan kepada kerajaan kepada Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi menyiasat status pengisytiharan NGO tersebut.
"Kita sedang berinteraksi (dengan pihak kementerian). Diharap dengan perutusan yang dihantar, kerajaan sedar bahawa tekanan dari pihak antarabangsa wujud diluar sana.
"Kita tidak faham kenapa kerajaan melakukan sedemikian, kita telah melibatkan diri (bersama kerajaan) untuk beberapa bulan lepas. Mungkin berlakunya percanggahan dalaman (kerajaan)," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Minggu lalu, KDN menerusi wakilnya telah menyatakan bahawa pertubuhan Comango tidak sah ekoran tidak mendaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (RoS) disamping bercanggah dengan amalan Islam.
Sementara itu, wakil Comango Honey Tan menjelaskan NGO di dalam Comango yang tidak berdaftar di bawah RoS telah berdaftar menerusi Akta Kemasyarakatan 1966 dan Akta Syarikat 1965 dimana ianya secara sah dibawah undang-undang.
Comango telah mencetuskan kontroversi di Malaysia dengan memperjuangkan hak asasi kumpulan lesbian, gay dan transgender (LGBT) yang secara jela bertentangan dengan amalan dan kanun Perlembagaan Persekutuan.
Perjuangan pertubuhan ini mendapat banyak tentangan terutama dari pertubuhan-pertubuhan Islam negara.