Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Adakah tulisan Zaid Ibrahim bersifat hasutan?

$
0
0

sakmongkol.blogspot





Baru2 ini Dato Zaid Ibrahim menulis beberapa artikel yang kontroversi. Nama Blog dia hebat- Zaidgeist , suatu ubah suai zeitgeist. Tengok lah Google kalau nak tahu maksud perkataan ini. Sebagai seorang yang berada dalam gelombang semangat atau citarasa semasa atau sezaman, Zaid Ibrahim berada dikalangan kelompok hadapan mengartikulasi dan menjadi jurucakap semangat sezaman yang menolak UMNO dan BN. Zeitgeist puak UMNO pula ialah menjadikan diri mereka jurucakap faham perkauman yang melampau.

Ada 2 artikel terbaru yang mesti disambut oleh puak UMNO. pertama mengenai kritikan Zaid keatas tanah reseb Melayu. kedua mengenai kritikan Zaid terhadap UMNO menjadikan Melayu tidak bertamaddun. Saya tidaklah berapa kenal dengan Zaid Ibrahim. Setahu saya  Zaid ada firma peguam yang besar. Kemudian dia jadi MP Kota Bharu. Pernah jadi menteri zaman Pak Lah. Zaid, setahu saya instrumental menyebabkan kerajaan membayar pampasan kepada beberapa orang hakim yang dibuang kerana menyokong Tun Salleh Abbas. Yang menjadikan Zaid legenda dalam politik Malaysia ialah kesanggupan dia meletakkan jawatan Menteri kerana tidak setuju atas dasar prinsip.  


Kemudian dia pernah aktif dalam PKR. Bertanding sebagai calun PKR di parlimen hulu Selangor. Banyak tuduhan bersifat peribadi dilemparkan kepada Zaid ketika itu. Kaki minum dan sebagainya. Sehingga saya ingat suatu ketika Tok Guru Nik Aziz menyatakan Zaid sudah berhenti minum. 


Dia banyak menulis isiu2 yang kontroversi. Hampir semua ulisan Zaid dalam bahasa Inggeris yang baik. There is an easy flow in the way he writes which makes for a pleasant reading. Saya sendiri boleh lah menulis sikit2 dalam Bahasa Inggeris standard SA( sekolah Atap) rasanya tidak mampu menulis cara Zaid Ibrahim. Tambahan pula, anak Pekan Pahang yang boleh menulis dan bertutur Bahasa Inggeris hanya Dato Najib seorang sahaja. Anak2 Pekan yang lain dungu dan bodoh. Bahasa nya mudah difahami dan perjalanan minda dia lancar dan teratur. Ini tulisan bukan orang dalam berkeadaan hayal, mabuk atau minum air ketum. 


Saya masih ternanti nanti hero dan heroine cerita Tamil UMNO buat lapuran Polis terhadap tulisan2 Zaid Ibrahim. Sedikit waktu dahulu, dia menulis mengenai isiu tanah reseb Melayu. Dia suruh grant-putihkan semua tanah reseb Melayu supaya nilai yang terkunci pada tanah2 tersebut terlerai. Jka tidak tanah reseb Melayu yang dikatakan tidak boleh dijual kecuali kepada orang Melayu, lambat laun kerajaan UMNO akan ambil dan jual kepada Cina dan India. 

Lihat lah apa terjadi kepada tanah didalam kawasan Tropicana. Kita pun sudah tahu keluasan tanah reseb Melayu semakin mengecil bila kerajaan menganugerahkan tanah2 tersebut kepada kroni2. Tidak seorang pun wira dan wirawati UMNO tampil kedepan menjuarai tanah reseb Melayu yang UMNO beri kepada kroni2. Tidak seorang pun kedepan menyanggah tulisan Zaid Ibrahim mengenai perkara ini. Apa sudah jadi pada ribut dan halilintar semasa perhimpunan agung baru2 ini?


Dan saya ternanti nanti juga bantahan bahkan lapuran polis oleh soldadu2 UMNO mengenai tulisan Zaid Ibrahim mengenai jika UMNO tidak ada, orang Melayu lebih bertamaddun. Sekali lagi saya hampa. Cis, dimana lubalang UMNO? Tidak ada lapuran polis?UMNO rupa2 na yang menyebabkan Melayu tidak bertamaddun!


Bantahan yang terbuat oleh pemimpin UMNO standard ahli JKKK ini hanyalah maki dan hamun. Zaid kaki minum dan mabuk. Pemimpin UMNO pun kalau saya hendak cerita satu persatu pun kaki mabuk. Kemudian, puak UMNO akan mengatakan Zaid jangan cakap besar- dia kaya raya pun sebab UMNO yang beri.


Kepada mamat2 UMNO ini izinkan saya terangkan bagaimana UMNO kaya. UMNO kaya kalau (1) dapat saham percuma atau 100% pembiayaan (2) UMNO dapat konsesi tanah seperti Mustapha Kamal dapat ribuan ekar di Cyberjaya (3) UMNO dapat AP –kereta, impot sayur, lada, kobis, daging, beras, gula dan macam2 pun ada (4) UMNO dapat kontrak dan tender terpilih dan tender tertutup (5) UMNO jadi orang tengah membeli atau menjual untuk kerajaan.


Ini cara orang UMNO kaya. Jika kita lihat, tidak satupun cara kaya tersebut melalui menghasilkan sesuatu. Semua kaya kerana pemilikan keatas sesuatu sumber- tanah, AP, konsesi, kontak. Sebab itu kita kata puak UMNO ini rata2 nya rent seekers. Mereka jadi kaya kerana pemilikan keatas sesuatu sumber pengkayaan bukan penghasilan khidmat atau barangan. 


Jadi saya nak geng2 UMNO ini menyenaraikan kekayaan Zaid Ibrahim. Berapa konsesi dia dapat? Berapa AP? Berapa kontrak dan tender terpilih dan tertutup? Berapa unit saham dia dapat? Berapa komisyen Zaid dapat? 


Dedahkan ini semua supaya rakyat tahu betapa kaya nya Zaid Ibrahim dan adakah semua itu UMNO beri? 


Jangan tah dedah pulak setelah sekian lama memekik melolong menghamburkan caci nista tapi tak termapu menangkis apa yang Zaid sebut melalui penghujjahan.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722