Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Penswastaan air berakhir, rakyat Selangor berpeluang miliki saham

$
0
0
Oleh Norhayati Umor


SHAH ALAM : Rakyat Selangor berpeluang memiliki saham air berikutan Kerajaan Pusat dan Kerajaan Selangor mencapai  persefahaman dalam isu penstrukturan semula industri air di negeri ini.

Penyelaras Gabungan Membantah Penswastaan Air (CAWP), Charles Santiago, berkata perkembangan isu air itu berakhir apabila Kerajaan Pusat memberi kerjasama untuk membenarkan menstruktur semula industri air.

Katanya, isu itu dikategori sebagai berjaya diselesaikan dan rakyat berpeluang menerima saham seperti yang diumumkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini.

charles

“Saya tidak fikir ia satu kegagalan seperti yang dilapor banyak pihak. Bagi saya ia satu persefahaman yang dicapai kedua-dua pihak.

“Penswastaan air boleh dikatakan berakhir seperti yang disefahami antara kedua-dua pihak.

“Mengikut penerangan Menteri Besar kepada saya baru-baru ini, secara amnya, kita boleh kata isu ini berjaya diselesaikan,” katanya kepada Selangor Kini.

Sebelum ini, Kerajaan Selangor mahu menstruktur semula industri air dengan pengambilalihan syarikat konsesi air berikutan mereka gagal memberi perkhidmatan baik pada tarif berpatutan walaupun mengaut keuntungan tinggi.

Charles menyifatkan persefahaman berkenaan menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri dalam menyelesaikan isu air yang diperjuang Pakatan Rakyat di Selangor sejak 2008.

“Ia menunjukkan kesungguhan Abdul Khalid kepada rakyat Selangor selaku pemilik saham syarikat baru yang akan ditubuh nanti.

“Ini kebaikan bagi rakyat Selangor. Saya percaya Kerajaan Selangor akan menunaikan janji,” kata Ahli Parlimen Klang itu.

Walaupun membenarkan Projek Langat 2 dilaksanakan, katanya, tetapi Kerajaan Selangor berhak menentu atau membantah kenaikan harga air selepas projek itu siap.

mb

“Kita tahu Projek Langat 2 menelan kos berbilion ringgit. Soal siapa akan bertanggungjawab menanggung kos itu bergantung kepada perbincangan lanjut.

“Bagaimanapun, Kerajaan Selangor yang berhak menentukan harga air itu nanti,” katanya.

Charles berkata, penggunaan Seksyen 114 Akta Perkhidmatan Industri Air (WSIA 2006) yang digunakan berikutan kedegilan syarikat konsesi untuk bersetuju dengan tawaran pembelian konsesi yang ditawar Kerajaan Negeri.

“Kerajaan Negeri buat tawaran kepada keempat-empat syarikat konsesi tetapi da yang tidak bersetuju, menyebabkan Seksyen 114 diguna pakai untuk memberi ruang kepada pengambilahan,” katanya.- EZL FZL

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722