Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Kalimah Allah : Perkasa Gesa Rujuk Mufti dan Ulama'

$
0
0

Rakyat News

Alif Mustapha 


KUALA LUMPUR  - Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) bersependapat isu berkaitan kalimah Allah dirujuk kepada para mufti atau ulama'.

Menurut Presidennya Datuk Ibrahim Ali, golongan ini merupakan suara yang lebih berkuasa dan layak bagi memperkatakan isu melibatkan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian.

"Isu kalimah Allah perlu dirujuk kepada mufti dan ulama', mereka lebih layak," katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Ahli Dewan Tertinggi (ADT) Perkasa yang pertama bagi penggal 2013 - 2016.

Hadir sama Timbalan Presiden Datuk Abdul Rahman Abu Bakar, Naib Presiden Syed Osman Syed Mansor dan Bani Yusop Abdullah serta Ketua Wiranita Datin Paduka Norkhaila Jamaluddin.

Tambah Ibrahim, mana-mana pihak tidak lagi perlu bersuara berhubung perkara itu setelah badan yang mempunyai kuasa atau kelayakan telahpun menyatakan pendirian mereka.

"Saya sendiri pun tidak mahu berkata apa-apa dah. Dulu Perkasa bercakap kerana pada waktu itu tiada mana-mana pihak yang mahu bercakap," tegas beliau.

Dalam masa sama, mesyuarat pertama bagi penggal baru ini turut membincangkan isu berkaitan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Oleh itu, kerajaan didesak supaya mengkaji semula pemansuhan tersebut. [ARTIKEL DI SINI]

Sehubungan itu Biro Undang-undang dan Perlembagaan Perkasa akan menganjurkan satu wacana dijangka Februari ini yang akan menjemput mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dan bekas Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722