Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

COMANGO Kecam Tuduhan Tidak Berasas NGO

$
0
0

alt
 
Zaini Ghani 
 
 
KUALA LUMPUR  - COMANGO hari ini mengecam sekeras-kerasnya tindakan sesetengah badan bukan kerajaan (NGO), khususnya NGO berasaskan islam yang menggangu dan membuat tuduhan tidak berasas terhadap pertubuhan itu secara berterusan.
 
Wakil COMANGO Honey Tan Lay Ean berkata, pertubuhan itu kecewa ketika dilabelkan sebagai sebuah badan yang hanya memperjuangkan hak kebebasan beragama dan menyokong amalan LGBT (Lesbian,Gay,Bisexual and Transgender) oleh beberapa NGO islam yang lain.
 
"COMANGO berasa kecewa kerana kerajaan terlalu bagi muka kepada NGO-NGO ini (Ikatan uslimin Malaysia (ISMA), MUPRO dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia(YADIM) untuk menuduh kami, sedangkan antara perjuangan kami adalah untuk memerdekakan hak manusia.
 
"Dalam pada itu, kami turut menerima ancaman daripada badan kerajaan seperti Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM). Sebagai contoh, dalam satu khutbah Jumaat yang diadakan pada 18 Oktober lepas yang menyebabkan JAKIM meminta pihak berkuasa mengenakan tindakan terhadap kami," katanya dalam satu sidang media yang di adakan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) di sini hari ini.
 
alt
 
Honey yang juga wakil Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor menafikan segala tuduhan NGO yang disifatkan sebagai mempunyai kepentingan sendiri itu yang mengatakan bahawa perjuangan COMANGO seolah-olah mengancam kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia, menafikan hak keistimewaan orang melayu sekaligus menggugat keamanan negara. 
 
"Dalam laporan COMANGO, tiada sebarang unsur-unsur menyokong perbuatan murtad dan perkahwinan sejenis seperti yang digembar-gemburkan sesetengah pihak, kami hanya memperjuangkan hak kebebasan setiap rakyat dari sebarang bentuk kezaliman, memartabatkan maruah wanita, kanak-kanak dan orang kurang upaya," ujarnya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722