Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Semakan Keputusan e Tukar Guru (Pertukaran Guru). Puluhan Ribu Guru Gagal!

$
0
0

 

Semakan Pertukaran Guru



Tukar guru sebab Politik (KLIK SINI). Ok, baik. Apa yang Berita Semasa perhatikan masalah ini tukar guru (pertukaran guru) ini adalah melibatkan antara lainnya ialah faktor migrasi. Apabila golongan muda berpindah dan berhijrah ke negeri lain dan beranak pinak di sana. Ibubapa pula di negeri asal. Di sinilah….

Di sinilah antara bermulanya bibit-bibit masalah untuk dipertimbangkan berpindah semula ke negeri asal sedangkan nisbah antara murid antara murid, guru dan sekolah pun sudah tidak seimbang ketika ini……

Semakan Keputusan e Tukar Guru (Pertukaran Guru) : Kelantan Ada Kelebihan 30,000 guru, Terengganu dan Kedah Kelebihan 10,000 orang.

Kementerian Pendidikan akan berusaha mencari jalan terbaik bagi meringankan beban para guru yang tidak berjaya mendapat kelulusan pertukaran balik ke negeri masing-masing sebagaimana keputusan dikeluarkan oleh kementerian baru-baru ini.
Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, pihak kementerian tidak dapat memenuhi permintaan mereka kerana tiada kekosongan dengan memberikan contoh di Kelantan yang mempunyai kelebihan 30,000 guru manakala di Terengganu dan Kedah pula masing-masing mempunyai kelebihan 10,000 orang.
“Antara masalah lain ialah mereka yang memohon balik ke negeri-negeri berkenaan tidak memenuhi kekosongan opsyen yang diperlukan di negeri berkenaan,” katanya.
Idris berkata, satu mesyuarat peringkat kementerian akan diadakan pada pertengahan bulan ini bagi membantu guru yang mempunyai alasan kukuh untuk bertukar seperti ibu atau ayah yang sakit, hendak bersama isteri atau suami yang telah lama tinggal berasingan dan berjauhan dan juga kerana masalah keselamatan atau sakit.

Laporan Berita Mengenai Tukar Guru (Pertukaran Guru)

Ya…benar, apabila melibatkan tukar guru (pertukaran guru) utamakan pasangan suami isteri yang terpaksa berjauhan  agak lama atas tuntutan kerja sebagai guru dan juag kalangan guru yang sudah berkhidmat lebih 10 tahun jauh dari kampung halaman berbanding golongan bujang yang mahu bertukar tempat mengajar.

Dan….Berita Semasa merasakan sudah tiba masanya untuk Kementerian Pendidikan Malaysia mengambil langkah untuk melihat masalah ketidakseimbangan penduduk negeri yang menjadi guru. Contohnya seperti Sabah dan Sarawak, apabila ramai guru dari Semenanjung yang terpaksa menampung ketiadaan & kekosongan guru di sana.

Bagi Berita Semasa sendiri, tingkatkan lagi jumlah bilangan guru Sabah & Sarawak bagi menjadi guru di tempat masing-masing. Manakala, negeri yang melihatkan lambakan guru perlulah dihadkan pengambilannya.

Cuma apa yang Berita Semasa kesalkan berdasarkan aduan kenalan dan juga pembaca Berita Semasa yang terdiri daripada kalangan guru merasakan berlaku ketidakadilan dalam proses kelulusan tukar guru (pertukaran guru), semuanya melibatkan “kabel”.

Semakan Keputusan e Tukar Guru (Pertukaran Guru) : Kabel Besar & Kabel Kecil?

Samada :
  1. Anda menggunakan kabel bervoltan tinggi ataupun
  2. Anda menggunakan kabel bervoltan rendah ataupun
  3. Anda hanya mohon sistem tukar (pertukaran guru) melalui proses biasa
Ramai yang mengadu ada kalangan guru yang hanya bertugas selama 1 atau 2 tahun di luar, boleh mendapatkan kelulusan tukar guru (pertukaran guru) kerana melalui kabel besar iaitu __________. Ini sesuatu yang tidak adil kepada guru lain yang lebih layak. Mohon KPM memandangkan isu ini jika benar-benar serius untuk menyelesaikan isu ini yang tidak berkesudahan…

P/S : Apa respon balas dan pandangan guru pula mengenai isu ini?

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722