Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Sokong kembalikan ISA, Khalid tak layak jadi KPN

$
0
0

KUALA LUMPUR: Pendirian Tan Sri Khalid Abu Bakar yang menyokong pelaksanaan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri menunjukkan beliau tidak layak untuk menjadi Ketua Polis Negara (KPN).

 tony parlimen 2

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua berkata, ia ekoran kenyataan seperti itu tidak wajar keluar dari seorang ketua polis sebuah negara demokrasi.

“Kenyataan Khalid itu jelas tidak wajar bagi seorang ketua polis di negara demokrasi, yang berbangga dengan prinsip kedaulatan undang-undang.

“Ketika negara seperti Myanmar bebaskan semua tahanan politik dan menjanjikan perubahan demokratik, Malaysia dimalukan dengan ketua polis yang hanya ingin hidupkan kembali ciri-ciri negara polis,” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, laporan media menyatakan Khalid menyokong cadangan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad agar akta zalim yang dimansuhkan pada 2012 itu dikembalikan.

Beliau menyokong pengembalian ISA, kononnya dengan alasan ‘tiada yang salah dengan akta itu’ dan ‘dapat membantunya menjaga keselamatan negara dan awam’.

Menyifatkan ia hanya sesuai di negara kuku besi, Pua berkata lagi, Khalid perlu ‘diajar’ konsep demokrasi dan hak asasi agar memahami semangat Perlembagaan Persekutuan dan aspirasi rakyat.

“Kami cadangkan Khalid dihantar ke sekolah demokrasi dan hak asasi manusia. Belia mesti diajar tentang konsep ‘kedaulatan undang-undang, bukannya ‘kekuasaan undang-undang’,” katanya sinis.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu menggesa KPN agar lebih menumpukan usaha memperbaiki kecekapan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menyelesaikan kes jenayah, bukan berharap kepada ISA untuk menahan tanpa bicara.

“KPN perlu terima nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa ‘polis perlu berlatih mencari bukti’, bukan sekadar menangkap suspek dan menahan mereka dan ‘membekalkan bukti untuk mendakwa mereka di mahkamah’.

“Wajar untuk rakyat Malaysia untuk bertanya, jika polis tidak mampu untuk siasat dan dakwa penjenayah, mengapa mereka perlu yakin polis akan kompeten untuk menghantar hanya yang bersalah ke tahanan tanpa bicara,” katanya lagi. -Roketkini.com

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722