MALAYSIAKINI
Sekumpulan NGO hak asasi wanita akan menganjurkan kempen termasuk aktiviti nyalaan lilin di seluruh negara bagi meningkatkan kesedaran orang awam mengenai jenayah rogol dan keganasan seksual.
Kempen 'Hentikan Rogol: Aku Kisah!' anjuran NGO Citizens Against Rape akan mengajak semua pihak termasuk pihak berkuasa dan masyarakat bersama-sama bertanggungjawab mencegah jenayah itu yang dianggap semakin menjadi-jadi seperti yang dilapor media.
Program yang bermula di empat bandar utama itu, turut disokong beberapa NGO wanita antaranya All Women’s Action Society (AWAM), Women’s Aid Organisation (WAO), Perak Women for Women Society (PWW) dan Sabah Women’s Action Resource Group (SAWO).
Pada 22 Ogos ini, aktiviti seperti berkumpul, berjalan dan tarian 1 Billion Rising diadakan di Medan Stesen Keretapi Ipoh mulai jam 5 petang.
Sementara keesokannya pula, bermula jam 7.45 malam, akan diadakan majlis ucapan dan teater jalanan di pusat membeli belah SOGO, di Jalan Tuanku Abdul Rahman di ibu negara sebelum perarakan ke Dataran Merdeka bagi aktiviti nyalaan lilin.
Pada tarikh yang sama juga aktiviti yang sama diadakan di kawasan Marudi, Sarawak yang dijadual pada jam 4 petang dan di Sutera Harbour Resort, di Kota Kinabalu, Sabah pada jam 5 petang.
"Kami berhasrat untuk meningkatkan kesedaran orang awam bahawasanya jenayah rogol dan keganasan seksual adalah TIDAK boleh diterima; dan demi menuntut akauntabiliti pihak kerajaan untuk menangani jenayah rogol dan keganasan seksual secara efektif," kata kenyataan kumpulan itu semalam.
Ketika dihubungi Malaysiakini semalam, Penolong Pengarah Program Lee Wei San pula berkata pihaknya amat berharap semua pihak memberi sokongan terhadap usaha yang mereka lakukan demi menangani jenayah itu.
"Kempen ini (diharap) akan berhasil sekiranya semua pihak memberi sokongan dan tidak mustahil jenayah rogol di negara ini dapat dibanteras.
"Selain daripada mengadakan kempen, pihak kami juga ada memberikan khidmat kaunseling secara percuma kepada mangsa rogol," katanya.
Lee yang juga aktivis NGO AWAM berkata program dan aktiviti yang dirancang itu terbuka kepada orang ramai dana pihak sedang merancang program itu di tempat-tempat lain juga pada masa akan datang.