Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

'Reben Hitam' puas hati PAS pertahan Pakatan

$
0
0
MALAYSIAKINI



 
 
 
Sekumpulan penyokong Pakatan Rakyat berpuas hati dengan keputusan Jawatankuasa PAS pusat yang membuat keputusan "kritikal dan amat penting" apabila mendahulukan kepentingan persefahaman Pakatan Rakyat ekoran krisis menteri besar di Selangor.

Menyokong desakan supaya Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berundur, kumpulan yang menggelarkan diri mereka 'Reben Hitam' berkata kerjasama gabungan pembangkang itu dapat memastikan haluan demokrasi diteruskan.

"Keputusan ini menunjukkan PAS menghormati hasrat pengundi yang telah mengundi Pakatan Rakyat sebagai pemerintah kerajaan gabungan negeri Selangor dalam pilihan raya umum 13.

"Tindakan ini tidak mengecewakan harapan, kepercayaan dan mandat para pengundi, dan ini juga telah melaksanakan deklarasi politik bersama dan manifesto Pakatan Rakyat," kata kumpulan yang berkempen "Kembalikan Selangorku" itu.

Dalam kenyataan media hari ini, mereka mendesak Khalid melepaskan jawatannya kerana beliau tiada lagi mandat dan tidak berparti serta menganggap keengganannya berbuat demikian "satu penghinaan" pengundi pada pilihan raya umum lalu.

"Dengan ini, Kempen Reben Hitam menyokong calon Menteri Besar baru yang dicadangkan oleh parti pemerintah untuk menggantikan Tan Sri Khalid yang telah disingkirkan oleh Parti Keadilan Rakyat.

"Kami juga amat berbangga kerana gender bukan merupakan faktor semasa mencadang dan memilih calon Menteri Besar Selangor," katanya sambil menegaskan meletakkan jawatan merupakan satu-satu pilihan yang Khalid ada.
 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722