Ribut yang melanda Pakatan Rakyat ekoran isu pertukaran Menteri Besar Selangor diharap akan reda hujung minggu ini.Sejak berita cadangan penggantian Menteri Besar Selangor dium Image may be NSFW. Clik here to view. ![]() | Image may be NSFW. Clik here to view. ![]() |
DETIK DAILY
Ribut yang melanda Pakatan Rakyat ekoran isu pertukaran Menteri Besar Selangor diharap akan reda hujung minggu ini.Sejak berita cadangan penggantian Menteri Besar Selangor dium
umkan Ketua Umum KeADILan, pro dan kontra terhadap cadangan itu membadai di seluruh negara. Kesan langsung cadangan itu turut memberi kesan kepada PAS sebagai parti sekutu Pakatan Rakyat dan rakan pemerintahan kerajaan negeri di Selangor
Episod demi episod yang tercipta ekoran isu itu juga mendominasi politik negara dan menggerhanakan sambutan Aidilfitri.
Namun walau bagaimanapun kuat pun badai yang melanda, kita yakin dengan kebijaksanaan pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat dalam mengharunginya.
Ketika DAP dan KeADILan sudah pun memuktamadkan pendirian me reka, kita perhatian ditumpukan terhadap PAS dalam memberikan kata putus terhadap konflik yang berlaku.
Lajnah Politik PAS Pusat akan bermesyuarat 14hb ini dan keputusan mesyuarat lajnah politik itu pada kebiasaannya akan dibawa kepada mesyuarat PAS Pusat.
Mesyuarat PAS Pusat pula telah ditetapkan pada 17 Ogos ini dengan agenda khusus membincangkan isu Menteri Besar Selangor.
Kita mengharapkan konsensus lebih besar bakal dicapai dalam mesyuarat itu. Dan dengan kebijaksanaan saf kepimpinan, satu formula dan solusi terbaik dapat dicapai bagi manfaat parti, Pakatan Rakyat dan rakyat Selangor keseluruhannya.
Apa yang lebih menggembirakan, pertemuan antara pemimpin tertinggi PAS, KeADILan dan DAP juga berlangsung (walaupun secara berasingan) bagi me nyelesaikan kemelut yang berlaku.
Pada 11 Ogos lalu, di Kuala Terengganu, berlangsung pertemuan 10 mata antara pemimpin PAS dan KeADILan. Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali juga mengakui pertemuan serupa juga telah berlaku antara Presiden PAS dengan Penasihat DAP dan Setiausaha Agung DAP sebelum daripada itu.
Menurut Mustafa, pertemuan ini adalah hasil keputusan bersama Pakatan Rakyat yang mahu pemimpin tertinggi ketiga-tiga parti mengadakan pertemuan bagi mencari penyelesaian isu Menteri Besar Selangor.
Dari aspek pengurusan konflik, mungkin banyak yang boleh dipelajari daripada gelombang yang melanda ini.
Seperti dinukilkan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof, politik secara berkolusi memang dinamik dan rapuh. Konflik dalam parti politik boleh tercetus dengan pendekatan politik kolusi.
Oleh kerana politik Malaysia berasaskan ideologi (ideological base), maka ia menjadi semakin sukar. Menjadi semakin getir dalam suasana ini apabila kepimpinan tidak mengurus konflik ‘dalaman parti’ (intra-party) dan sekali gus membawa kepada konflik ‘antara parti’ (inter-party).
Konflik sama ada ‘inter’ atau ‘intra’ bukanlah semuanya buruk tetapi dengan syarat kita dapat menjanakan konflik menjadi positif.
Beliau seterusnya mencadangkan beberapa langkah awal untuk menangani konflik iaitu berhenti tuduh menuduh dan serang menyerang ‘inter’ dan ‘intra’ parti yang berkolusi.
Pemimpin tertinggi parti yang berkolusi wajib bertemu untuk menyelesaikan konflik tanpa le ngah dan semua pihak terlibat perlu melihat objektif besar kolusi iaitu untuk membawa perubahan politik baru. Sehubungan itu apa sahaja yang menghalang matlamat ini perlu dihentikan segera.
Menjadi kewajipan bagi setiap parti dari rakan yang berkolusi mengawal partinya untuk tidak memburukkan keadaan. Malah satu jawatankuasa khas untuk mengendalikan krisis mesti diwujudkan bagi memberi cadangan- cadangan kepada meminimumkan kesan krisis politik.
Menurut Mujahid, kesemua lima cadangan di atas tidak akan dapat dilaksanakan apabila salah satu atau kesemua parti berkolusi mempunyai agenda lain yang tersirat walaupun ini bermakna atas kos perpecahan kolusi.
Malah pemegang ijazah kedoktoran pengurusan konflik itu menekankan bahawa kejujuran dan amanah kepada mandat rakyat adalah perkiraan yang paling utama dalam menguruskan saat yang sukar ini .Editorial Harakah