Oleh: NAZLI IBRAHIM
SHAH ALAM: Dakwaan PKR dan DAP bahawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika ini hanya menjalankan tugas sebagai Menteri Besar pada kapasiti peralihan sementara menunggu seorang Menteri Besar dilantik adalah tidak benar.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata hal ini berikutan, Abdul Khalid masih merupakan Menteri Besar sah yang mendapat perkenan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan menepati syarat minima sokongan empat Exco Kerajaan Negeri daripada PAS.
“Tak timbul isu itu. Bila Sultan setuju, dia adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) negeri. Dia adalah Menteri Besar. Dalam Undang-undang Tubuh Selangor, untuk mentadbir Kerajaan Negeri dia perlu ada empat exco minima, maksimum 10. Kalau dulu lapan tapi sekarang dia dah ada empat exco.
“Menukar Menteri Besar bukannya seperti menukar Pengurus Besar syarikat sendiri. Dalam Undang-undang Tubuh Selangor, lantikan Menteri Besar adalah hak muktlak Tuanku Sultan tidak boleh dicabar.
Jelas beliau, kuasa Abdul Khalid sebagai Menteri Besar dan pentadbiran Kerajaan Negeri juga boleh berjalan seperti biasa tanpa memerlukan had atau apa-apa sekatan yang lazimnya berlaku apabila sesuatu Dewan Undangan Negeri atau Parlimen dibubarkan.
“Kalau Tuanku suka dengan seseorang itu kerana dapat menjalankan tugas dengan baik, dia akan pilih orang itu.
Mengenai sokongan majoriti yang disebutkan, itu bukan satu-satunya faktor. Ini pernah pernah berlaku di Perlis, Terengganu dan Kelantan. Ini kerja sia-sia. Kalau terpaksa adakan Pilihan Raya Negeri (PRN) membazir duit, masa dan lain-lain,” kata Abdul Aziz ketika dihubungi Selangor Kini di sini.
Sebelum ini, bekas Exco Selangor dari PKR dan DAP dalam kenyataan media bersama menetapkan fungsi Abdul Khalid hanyalah dalam kapasiti peralihan sementara menunggu seorang Menteri Besar dari Pakatan Rakyat dilantik.
Mereka juga mahu mengenakan syarat Abdul Khalid dan Exco tidak boleh membuat sebarang keputusan tanpa melalui proses undian bagi tujuan menghadkan fungsi Abdul Khalid sebagai Menteri Besar untuk mereka kekal dalam barisan Exco Kerajaan Negeri.EZY