MALAYSIAKINI
Bekas exco Selangor yang dipecat, Datuk Teng Chang Khim akan memohon untuk menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk membuktikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sudah hilang kepercayaan majoriti ADUN.
"Langkah seterusnya kita akan maklumkan kepada Sultan Selangor bahawa Abdul Khalid telah hilang kepercayaan daripada majoriti ADUN Selangor," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian hari ini.
"Saya akan serahkan perkara ini kepada pimpinan tertinggi parti untuk atasi isu ini selepas tindakan sewajarnya diambil.
"Kemudian pimpinan kami perlu menulis surat kepada istana untuk buktikan bahawa majoriti ADUN Selangor sudah hilang kepercayaan kepada Abdul Khalid," tambah laporan iltu lagi.
Beliau berkata demikian sewaktu bercakap kepada pemberita di lobi bangunan setiausaha kerajaan negeri semalam.
Teng adalah di antara enam exco PKR dan DAP yang dipecat Khalid selepas bertegas mahu kekal dengan jawatan mereka tetapi enggan menemui Khalid melainkan sewaktu mesyuarat exco sahaja.