Oleh: NAZLI IBRAHIM
SHAH ALAM: Integriti seseorang pemimpin, suara dan kepentingan rakyat jauh lebih penting mengatasi kepentingan politik sesebuah parti.
Sejarahwan negara, Profesor Emeritus Tan Sri Prof Dr Khoo Kay Kim berkata, hal ini berikutan rakyat merupakan komponen terpenting dalam sesebuah negara demokrasi sudah tentu memerlukan pemimpin berintegriti untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
“Dalam sistem demokrasi yang paling penting adalah rakyat.
Seseorang ahli politik semestinya berkhidmat kepada rakyat kerana suara rakyat terpenting berbanding parti politik.
“Bagi saya integriti juga lebih penting dari parti politik,” kata Prof Dr Kay Kim ketika dihubungi Selangor Kini di sini.
Beliau berkata demikian ketika menyentuh isu Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dipecat keahliannya dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) ekoran enggan mematuhi arahan parti supaya meletakkan jawatannya.
Jelas Prof Dr Kay Kim, Abdul Khalid yang kini tidak mewakili mana-mana parti juga boleh mendapatkan persetujuan daripada rakyat bagi membolehkan beliau terus menerajui pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.
“Dipecat itu mengikut parti tapi kalau dia tak setuju dia boleh kembali bertanya kepada rakyat, adakah rakyat masih mahu dia atau tidak. Kalau rakyat setuju mahu dia, dia boleh teruskan,” kata beliau.
Bagaimanapun Prof Dr Kay Kim tidak menjelaskan sama ada melalui Pilihan Raya Negeri, tinjauan umum atau pun culaan pendapat orang ramai.
Tambah Prof Dr Kay Kim, rakyat negara ini juga seharusnya lebih memahami erti demokrasi yang sebenar.
“Ahli politik sepatutnya berkhidmat untuk pengundi bukan kepada diri sendiri. Ahli politik untuk diri sendiri tidak boleh diterima rakyat. Itulah sistem politik demokrasi,” kata beliau lagi.
Kata Prof Dr Kay Kim lagi, rakyat tidak sepatutnya terlalu menghormati seseorang pemimpin politik seperti mana seorang pembesar di zaman dahulu kerana ahli politik dipilih rakyat untuk berkhidmat kepada rakyat.EZY