MALAYSIAKINI
NGO pro-Melayu Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) mendakwa dua pihak berkuasa tempatan Selangor bersikap “anti-Islam, anti-Melayu dan antikebangsaan” kerana menolak permohonan mereka untuk memasang papan iklan.
Setiausaha agung ISMA Ahmad Kamsani Samingan mendakwa demikian memandangkan NGO tersebut mahu menonjolkan mesej “keagungan Islam dan kedaulatan bangsa Melayu.”
“Jika dinilai secara adil mesej yang dicadangkan itu langsung tidak mempunyai elemen rasis mahupun sensitif.
“Sebaliknya, dalam kes ini, majlis perbandaran pula dilihat seolah-olah menunjukkan sikap mereka yang anti-Islam, anti-Melayu dan antikebangsaan,” katanya dalam satu kenyataan di laman web ISMA.
Beliau merujuk kepada keputusan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Perbandaran Selayang (MPSJ) yang enggan meluluskan permohonan memasang papan iklan tersebut.
ISMA memohon untuk memuatkan logo serta alamat laman webnya di papan iklan tersebut berserta slogan “Marilah sama-sama berjuang demi keagungan Islam dan kedaulatan bangsa Melayu di Tanah Melayu ini.”
NGO itu juga mahu menonjolkan wajah dua pemimpin tertinggi mereka dalam papan iklan tersebut.
Ahmad Kamsani berkata, MBSA dan MPSJ memaklumkan kepada ISMA semalam bahawa permohonan melalui firma Out of Home Media Sdn Bhd itu tidak diluluskan.
“Mengapa mereka tidak mahu sebarang mesej yang menyeru kepada mendaulatkan Islam dan Melayu terpampang di negeri ini?
“Walhal Islam dan Melayu merupakan dua identiti teras utama kepada negara ini,” katanya lagi dalam kenyataan tersebut.