Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

42 panggilan dari Zakia Aleip sejak diculik

$
0
0

MALAYSIAKINI


Sebanyak 42 panggilan diterima daripada anggota Pasukan Polis Marin, Konstabel Zakia Aleip sejak dia diculik di Pulau Mabul, Semporna pada 12 Julai lalu, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.
  
Jalaluddin berkata Zakia diberi ruang untuk membuat panggilan telefon kepada keluarga, isteri, ibu bapanya serta pegawai polis dan setiap panggilan kepada anggota keluarganya sentiasa dipantau polis.
  
Melalui panggilan telefon itu, konstabel itu memberitahu mereka sentiasa berpindah kerana diburu pihak berkuasa Filipina, kata Jalaluddin kepada pemberita.
  
Beliau ditemui di majlis serah terima tugas jawatan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah dan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) Sabah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di Kepayan di Kota Kinabalu semalam.
  
Jalaluddin berkata mangsa berada dalam keadaan selamat dan rundingan masih dijalankan dalam usaha untuk membebaskannya daripada penculik berkenaan.
  
Dalam kejadian pukul 11.10 malam pada 12 Julai lalu, Zakia, 26, diculik selepas sekumpulan lelaki yang menggunakan senjata berat menyerang hendap pasukan keselamatan di Pulau Mabul. Seorang anggota polis yang dikenali sebagai Ab Rajah Jamuan, 32, terkorban dalam insiden berkenaan.   
- Bernama
 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722