Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Ku Li bakal rasmi mesyuarat agung Perkasa, dengan harapan ubah mereka

$
0
0
OLEH V ANBALAGAN DAN HASBULLAH AWANG CHIK

Taraf Tengku Razaleigh Hamzah sebagai ahli politik berpandangan jauh dijangka tergugat jika beliau hadir di mesyuarat agung Perkasa. Gambar fail.Taraf Tengku Razaleigh Hamzah sebagai ahli politik berpandangan jauh dijangka tergugat jika beliau hadir di mesyuarat agung Perkasa. Gambar fail. 
























Taraf Tengku Razaleigh Hamzah sebagai negarawan dan ahli politik berpandangan jauh tergugat apabila beliau dikatakan menerima undangan Perkasa untuk merasmikan mesyuarat agung keempat pertubuhan itu minggu hadapan.

Walaupun Ahli Parlimen Gua Musang itu sering menerima lawatan daripada Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dan mereka berasal dari Kelantan, pemikiran kedua-dua tokoh itu berbeza.

Tengku Razaleigh mempunyai pandangan yang disukai masyarakat bandar, canggih dan kosmopolitan manakala Ibrahim dikatakan mempunyai pandangan kaum sempit dan sering melompat parti sehingga digelar “katak”.

The Malaysian Insider difahamkan bekas Menteri Kewangan dan veteran Umno yang lebih dikenali sebagai Ku Li itu sudah mengesahkan untuk hadir ke mesyuarat yang akan diadakan di Pusat Islam, Kuala Lumpur pada 22 Disember.

Sumber yang rapat dengan putera Kelantan itu memberitahu, sebelum mengesahkan kehadiran ke majlis itu, beliau sudah menilai baik buruk untuk hadir mendekatkan diri dengan Perkasa dalam perhimpunan bertemakan, "Mendaulatkan Perlembagaan Negara: Sejahtera Untuk Semua" itu.

“Beliau mahu mendekatkan diri dengan kepimpinan Perkasa dan meyakinkan mereka supaya menjadi lebih inklusif,” kata sumber itu kepada The Malaysian Insider.

Tengku Razaleigh satu ketika dahulu ditugaskan untuk menubuhkan syarikat minyak negara Petronas itu sering menegaskan, liberalisasi pasaran dan ekonomi sepanjang dekad lalu berbanding Ibrahim yang percaya kaum Melayu perlu diberikan lebih banyak kawalan dan kepentingan dalam ekonomi.

Ibrahim menyampaikan pandangannya dengan sokongan 50,000 ahli Perkasa (sebahagian besar daripada Umno), yang beliau tubuhkan selepas Pilihan Raya Umum 2008 ketika beliau bertanding di atas tiket PAS.

Beliau kemudiannya mengisytiharkan siri sebagai calon bebas mesra Barisan Nasional (BN) selepas Tun Abdullah Badawi meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.

Hubungannya dengan Ku Li bermula sejak zaman Umno ketika kedua-duanya bersama dalam parti Semangat 46 yang pernah berkongsi kuasa dengan PAS dalam kerajaan negeri Kelantan.

Kedua-duanya kembali menyertai Umno pada 1996 dan Ibrahim pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dalam kerajaan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ku Li yang pernah menjadi menteri kewangan dahulu merupakan musuh politik Dr Mahathir apabila beliau merebut jawatan Presiden Umno pada 1987 dan kalah dengan 44 undi.

Ironinya, Dr Mahathir merupakan penaung kepada Perkasa.

Bulan lalu bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengisytiharkan menyertai Perkasa.

Ibrahim memberitahu The Malaysian Insider, lebih ramai tokoh ternama menyertai pertubuhan itu namun enggan mendedahkannya secara terperinci.

"Perkasa terbuka kepada semua. Ramai yang berminat menyertai Perkasa termasuk nama-nama besar. Saya akan bercerita lanjut menjelang perhimpunan nanti," katanya.

Antara tokoh negara yang menyertai Perkasa termasuk bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor.

Perkasa, pertubuhan yang memperjuangkan ideologi kaum Melayu itu menarik perhatian media apabila Abdul Rashid mengumumkan penyertaannya ke dalam kumpulan itu pada 24 November lalu.

Abdul Rashid berkata, tujuan penyertaannya adalah bertujuan bagi membantu Perkasa memperkukuh kuasa Melayu Islam di negara ini.

Beliau kemudiannya memperakui tiga persempadanan semula yang dilakukan semasa beliau mengepalai SPR adalah bagi memastikan Umno dan orang Melayu kekal berkuasa. –

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722