Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Undian umum buktikan rakyat Selangor sokong Abdul Khalid

$
0
0

Oleh: NAZLI IBRAHIM


SHAH ALAM: Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Zuhdi Marzuki yakin bahawa majoriti rakyat Selangor semakin selesa berada di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri yang diterajui Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan barisan Exconya.

Hal ini berikutan beberapa kaji selidik bebas yang dijalankan beberapa pihak seperti Merdeka Centre, Astro Awani dan beberapa ‘poll’ persendirian menunjukkan rakyat Selangor mahukan Abdul Khalid kekal menerajui negeri terkaya itu.

Solat Hajat Perdana rumah MB (100)a“Saya yakin rakyat Selangor sudah beberapa kali ‘poll’ dibuat sama ada dibuat Merdeka Centre, sama ada ‘poll-poll’ persendirian,
menunjukkan rakyat Selangor selesa di bawah Menteri Besar sekarang,” kata beliau.

Dr Zuhdi berkata demikian dalam Majlis Solat Hajat Perdana Selamatkan Gaza dan Selangor Bumi Bertuah yang diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor di sini, malam tadi.

Jelas beliau lagi, kemakmuran Islam di Selangor juga semakin dirasai apabila masjid-masjid di negeri ini sentiasa dipenuhi dengan pelbagai aktiviti keagamaan dan keilmuan.

“Orang Islam di Selangor juga selesa dengan Islam dimakmurkan di negeri ini, kita pergilah ke Masjid Negeri. Tidak cukup tempat untuk ikhtikaf. Begitu makmurnya negeri dan masjid negeri Selangor,” kata Dr Zuhdi.

Dr Zuhdi juga berkata, walaupun undang-undang membenarkan menukar pemimpin pada bila-bila masa tetapi amalan menukar pemimpin bagi memberi laluan kepada calon kegemaran pemimpin parti bukan satu yang sihat kepada rakyat dan negara.

“Amalan menurun dan menaikkan pemimpin ini bukan seperti menukar pakaian. Nak turunkan orang ini, tak puas hati dengan orang ini atau nak naikkan yang ‘favourite’ dia.

“Dia boleh naik bila-bila masa seperti menukar pakaian. Ini bukan amalan yang baik, hatta bagi sebuah negara demokrasi sekali pun. Biarkan negara demokrasi ini dipimpin oleh perlembagaan. Lima tahun sekali, berikan ruang seluas-luasnya kepada pemimpinan yang ada,” katanya lagi.EZY


Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722