Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Anwar setuju adakan pertemuan 8 mata

$
0
0

MSTAR ONLINE
 
Mesyuarat akan diaturkan dalam waktu terdekat.


anwar_300


PETALING JAYA: Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menolak sekiranya diadakan pertemuan lapan mata melibatkan empat pemimpin Pakatan Rakyat bagi menyelesaikan krisis Menteri Besar Selangor.

“Pagi ini saya telah sampaikan kepada Anwar sendiri tentang cadangan daripada angkatan muda dan beliau tiada halangan untuk mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Lim Kit Siang.

“Mesyuarat ini juga akan diaturkan dalam waktu terdekat.

“Anwar bersetuju dan dia tiada halangan,” katanya ketika ditemui pemberita di Pejabat PKR.

Tambah beliau, keputusan PAS menyokong Khalid kekal sebagai MB adalah keputusan dalam Majlis Syura.

“Pada pandangan saya, Majlis Syura berhak membuat keputusan. Namun saya juga yakin Majlis Syura tidak menerima maklumat yang lengkap mengenai soal pelantikan MB yang telah diputuskan oleh parti,” jelasnya.

Menurut Shamsul lagi, pihaknya akan memberikan penjelasan yang lebih jelas kepada Majlis Syura supaya majlis tersebut mendapat maklumat yang sebenar.

“Mungkin mereka mendapat maklumat melalui media dan bukan mengikut prosedur lengkap bagi menerangkan alasan parti untuk membuat perubahan ini.

“Majlis Syura berhak memberi pandangan mereka tetapi jawatankuasa PAS Pusat adalah pihak yang bertanggungjawab membuat keputusan akhir berdasarkan polisi dalam parti. Kita harap mereka akan memberi keputusan yang tepat,” ujarnya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722