Image may be NSFW.
Clik here to view.

Jelas beliau sekiranya pertimbangan kepentingan politik diambil kira sudah tentu tiada langkah catuan diambil walaupun menyedari akan menyebabkan bekalan air menjadi kontang.
Walaubagaimanapun kata beliau, setakat ini bekalan air masih mencukupi dan tidak memerlukan catuan dibuat dalam masa terdekat.
“Pada masa sekarang memang bekalan air cukup tak perlu catuan tetapi kita juga dijangkakan menghadapi El-Nino tahun hadapan.
“Kita bukan sahaja memikirkan bekalan air mencukupi untuk sehari atau seminggu dua sahaja, tetapi dalam menghadapi situasi musim kemarau berpanjangan ini kita memikirkan bekalan air hingga tahun hadapan,” kata Dr Ahmad Yunus dipetik Selangor Kini.
Selain itu Kerajaan Negeri katanya, turut merangka pelan jangka panjang bagi memastikan keperluan air mencukupi untuk kegunaan rakyat negeri ini.-HARAKAHDAILY