Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Polis siasat Mufti Perak kes ‘bughah’ - KPN

Image may be NSFW.
Clik here to view.
HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: Polis telah merakam kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mengenai komen beliau bahawa darah mereka yang berhimpun dalam protes ambang tahun baru adalah halal atau 'bughah', lapor The Malaysian Insider.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu wartawan di Bukit Aman hari ini bahawa Harussani telah ditemubual oleh polis tentang komen beliau itu.

"Sebarang kenyataan yang dianggap sebagai ugutan kepada keselamatan negara akan disiasat secara mendalam, tak kiralah siapa yang membuat kenyataan itu," katanya.

Beliau menidakkan kenyataan bahawa hanya sesetengah orang sahaja yang boleh mengugut keselamatan negara.

"Kita menyiasat semua orang tetapi rakyat hanya berminat kepada sesetengah pihak sahaja," Kata Khalid kepda media.

Harussani ketika mengulas Himpunan Turunkan Kos Sara Hidup (Turun) di Dataran Merdeka 31 Disember lepas berkata, peserta himpunan ini adalah 'bughah' atau penderhaka kepada kerajaan.

Oleh itu katanya, darah mereka adalah halal.

Ekoran itu, pelbagai pihak membantah fatwa seumpama itu termasuk Dewan Ulama PAS dan juga Bekas Mufti Perlis, Dr Mohamad Asri Zainal Abidin.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722