Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

BN S'gor siap siaga hadapi p'raya baru

$
0
0
MALAYSIAKINI


 


BN Selangor bersiap siaga menghadapi kemungkinan berlakunya satu pilihan raya baru negeri sebagai jalan terbaik menyelesaikan kemelut jawatan menteri besar di negeri itu.

"Barang kali dengan mengadakan pilihan raya dan serahkan kembali mandat kepada rakyat untuk memilih, mungkin itu cara terbaik.

"Sekarang pun kita dah bersedia (untuk pilihan raya) apabila mengambil kira situasi terkini," kata Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Abdul Shukor Idris.

Beliau mengulas kenyataan Pakar Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari yang mencadangkan supaya Sultan Selangor membubarkan Dewan Undangan Negeri dan memanggil pilihan raya peringkat negeri.

Abdul Aziz berkata jika Sultan bersetuju dengan pelantikan MB baru dari PKR, ia akan dilihat sebagai tindakan menyebelahi satu daripada pihak yang bertelagah dalam perebutan jawatan itu.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Abdul Shukor yang juga ADUN Kuang berkata pendekatan itu bagaimanapun perlu mengambil kira kos yang perlu ditanggung oleh semua pihak akibat masalah dalaman PKR.

'Berbelanja lagi'

"Kita semua akan berbelanja lagi (untuk kempen), dan kita akan kerugian masa, dan pada masa sama kita akan susahkan rakyat untuk keluar mengundi," katanya.

Jelasnya, selaku penduduk Selangor, beliau kesal kerana masalah yang melanda PKR sejak pemilihan peringkat parti sehingga perebutan jawatan MB menjejaskan kesejahteraan negeri itu.

Namun, beliau sendiri berhasrat untuk melihat Tan Sri Khalid Ibrahim menamatkan penggalnya sebagai menteri besar sehingga ke pilihan raya umum seterusnya.

Pada masa sama, katanya, beliau tidak melihat bagaimana Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail boleh menjawat jawatan menteri besar lebih baik berbanding Khalid.

"Saya tak dapat lihat apa-apa yang dapat dibanggakan sangat dengan pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor selain daripada pemberian RM11 dalam bentuk 20 meter padu air percuma setiap bulan.

"Namun, saya juga tak nampak bagaimana Wan Azizah boleh melakukannya dengan lebih baik daripada Khalid," katanya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722