Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

PKR persoal hubungan Khalid dengan Eco World [TONTON VIDEO]

$
0
0
ANTARAPOS.COM


 Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: PKR hari ini mula mendedahkan urusan-urusan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan pihak swasta termasuk projek perumahan untuk rakyat miskin yang dilihat sebagai mencurigakan.
 
Urusan yang membabitkan ratusan juta ringgit dana kerajaan negeri itu adalah antara faktor yang mendorong parti itu mendesak Khalid berundur sebagai MB Selangor.
 
Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution berkata parti itu mempersoalkan urusan Khalid dengan Pengerusi Eco World Tan Sri Rashid Abdul Manaf.
 
“Kita dapati beberapa perkembangan yang menguatkan lagi keraguan membabitkan urus niaga berjumlah ratusan juta yang memberi keuntungan kepada Eco World Berhad iaitu syarikat yang dikawal oleh Tan Sri Rashid Abdul Manaf sebagai Pengerusi dan pemegang saham utama,” kata Saifuddin.  
 
Antaranya ialah projek pembinaan rumah mampu milik yang diberikan kepada Eco World.
 
“(Pada) 25 Mac 2014 Menteri Besar tanda tangani satu lagi MoU dengan Eco World yang menganugerahkan projek pembinaan 2400 unit rumah pangsa mampu milik di bawah geran Selangorku yang dianggarkan bernilai RM 591 juta kepada syarikat itu di Ukay Perdana,”  kata beliau.
 
” Pada asalnya (projek itu) dirundingkan dengan syarikat lain (untuk) beberapa tahun  tapi akhirnya diberikan kepada Eco World,” kata beliau.
 
Saifuddin juga mempersoalkan penjualan tanah oleh kerajaan negeri kepada sebuah syarikat lain yang kemudiannya mengaut keuntungan berlipat ganda apabila menjual tanah itu semula kepada Eco World.
 
"Pada 19 Mac 2014 Tropicana  Corporation Berhad menjual 308.72 ekar tanah (yang dibeli daripada kerajaan negeri) kepada Eco World.
 
Saifuddin berkata penjelasan penuh urusniaga mencurigakan itu terkandung dalam nota penjelasan yang akan dihantar kepada pimpinan Pakatan Rakyat esok.
 
Beliau berkata setakat ini Khalid enggan tampil memberikan penjelasan kepada pimpinan PKR mengenai urusniaga berkenaan.
 
"Ini antara yang parti minta penjelasan tetapi tidak mendapat penjelasan yang meyakinkan dan menimbulkan keraguan dari sudut integriti,” kata beliau.
 
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini menolak cadangan PKR untuk Khalid digantikan dengan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
 
Hadi mendakwa Khalid cemerlang dalam menerajui Selangor dan bebas daripada sebarang skandal mahupun rasuah.  
 
Jawatankuasa PAS Pusat akan bermesyuarat pada 10 Ogos untuk membuat pendirian rasmi mengenai kedudukan Khalid sebagai MB Selangor. 
 
LIHAT VIDEO DI SINI

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722