Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

'Perang' Nazri-MCA berterusan

$
0
0
MALAYSIAKINI




 
 
 
MCA membidas kembali Menteri Pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz kerana memperkecilkan parti itu dalam isu cadangan bagi melarang tukang masak asing menyediakan masakan tempatan di pusat penjaja Pulau Pinang.
 
Menurut MCA perkara itu tidak harus dilakukan oleh seorang menteri kabinet kanan sepertinya kerana bantahan itu juga disuarakan penjaja yang tidak setuju dengan cadangan yang pada mulanya dibangkitkan ketua menteri Pulau Pinang itu.
 
“Adakah Nazri tidak mampu mendengar dan menerima pandangan penjaja yang menentang cadangan Lim Guan Eng itu?
 
“Jika tidak, bagaimana dia (Nazri) boleh tidak mengendahkan pandangan Pemuda MCA apabila menolak pandangan orang ramai, atau dia mencari peluang untuk melemahkan MCA?” soal anggota jawatankuasa pusat MCA Ti Lian Ker (kanan) dalam kenyataannya hari ini.
 
Nazri semalam menghentam MCA yang mengkritik beliau kerana menyokong larangan terhadap tukang itu.
 
Nazri berkata beliau tidak peduli apa yang MCA suarakan kerana menganggap "parti itu tidak mewakili rakyat".

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722