MALAYSIAKINI
NGO pendesak Melayu PERKASA menyokong cadangan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berhubung larangan warganegara asing memasak masakan penjaja di Pulau Pinang.
Bagaimanapun Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata sokongan terhadap cadangan setiausaha agung DAP itu, tidak bermaksud beliau menyokong dasar parti itu sebaliknya ia boleh membawa kebaikan kepada negara.
"PERKASA menyokong dasar tukang masak warganegara asing tidak boleh memasak masakan Pulau Pinang. Saya sokong apa yang dilakukan oleh Ketua Menteri (Lim Guan Eng) dan Nazri.
"Ini bukan bermakna kita sokong DAP tetapi kita menyokong dasar yang bagus. PERKASA akan memberi sokongan terhadap perkara-perkara baik yang berpandukan kepada perlembagaan, budaya dan prinsip agama.
"Yang kata kita kolot dan perkauman itu adalah tidak benar," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.
Sebelum ini Lim dilapor melarang warganegara asing memasak masakan penjaja di negeri itu bagi mengelakkannya ”sesat” rasa dan kemudiannya kenyataan beliau disokong oleh Nazri.
Sekalipun dikritik oleh Pemuda MCA, Nazri menghentam MCA kerana mempertahankan kepentingan orang asing dan bukan rakyat Malaysia dan menganggap "parti itu tidak mewakili rakyat".
Perkecil MCA
Bagaimanapun MCA hari ini membidas kembali Nazri kerana memperkecilkan parti itu serta mengatakan bahawa perkara itu tidak harus dilakukan oleh seorang menteri kabinet kanan sepertinya.
Mengulas lanjut, Ibrahim juga meminta agar cadangan larangan warganegara asing memasak masakan tempatan juga diluaskan ke seluruh negara.
Menurut ahli politik veteran itu lagi, perkara itu perlu dibuat memandangkan terdapat ramai tukang masak yang terlatih di universiti tempatan.
"Ramai pelajar-pelajar yang mengambil jurusan chef di universiti dan kolej tempatan. Kita boleh melatih mereka. Jadi kenapa nak ambil orang luar?" soal Ibrahim.
Selain MCA turut dilapor membidas cadangan tersebut pengarah filem Amir Muhammad serta selibriti rancangan masakan Wan Redzuawan Ismail atau lebih popular dipanggil Chef Wan.
Beliau dilapor berkata Malaysia akan menjadi bahan ketawa di mata dunia jika negeri itu melaksanakan rancangan melarang warganegara asing menjadi tukang masak makanan popular tempatan bagi mengekalkan citarasa aslinya.