Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

53% banduan penjara Sabah warga asing

$
0
0

BERNAMA 






KOTA KINABALU: Sejumlah 53 peratus daripada 6,000 tahanan dan banduan yang sedang menjalani hukuman atas pelbagai kesalahan di enam penjara di seluruh Sabah adalah warga asing, kata Pengarah Jabatan Penjara Sabah Ab Basir Mohamad.
  
Menurut Ab Basir penjara di Sabah kini menampung jumlah tahanan dan banduan melebihi kapasiti iaitu 5,500 orang dan kos makanan harian bagi setiap tahanan
ialah RM8.40.
  
"Sekarang ini, penjara Sabah memang sudah melebihi kapasiti yang ada. Bagaimanapun, kita masih mampu menguruskan banduan yang ada dalam tahanan kita dengan baik," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu di sini hari ini.
  
Justeru kata Ab Basir bagi mengurangkan kesesakan di penjara, pihaknya sudah bersedia untuk melaksanakan program pemindahan banduan warganegara asing untuk
meneruskan tempoh hukuman mereka di negara asal sebaik mendapat arahan daripada
kerajaan.
  
Katanya langkah lain yang diambil dalam mengurangkan kesesakan di penjara Sabah termasuk cadangan pembinaan sebuah penjara di Lahad Datu yang pembinaannya dijangka bermula tahun ini yang boleh menampung kira-kira 1,000 banduan dan tahanan pada satu-satu masa.

Menurut Ab Basir penjara Labuan yang baru beroperasi juga kini menampung kira-kira 400 banduan yang dipindahkan daripada penjara Tawau, Sandakan dan Kota Kinabalu.
  
Mengenai visi penjara Sabah untuk menjadi penjara bertaraf dunia menjelang tahun 2020, Ab Basir berkata usaha sedang dilakukan bagi mencapai visi itu termasuk dari segi penyediaan kemudahan untuk banduan dan latihan kepada pegawai bagi memperkasa keupayaan pegawai terlibat.
  
Terdahulu pada majlis itu, Ajidin Salleh mengambil alih tugas sebagai Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu daripada Suria Idris yang berpindah ke Lembaga Parol, Kementerian Dalam Negeri. Sebelum dilantik Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu, Ajidin adalah Ketua Seksyen Pemulihan di Ibu Pejabat Penjara Malaysia. - Bernama

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722