Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Hukuman penipuan Gores & Menang terlalu ringan

$
0
0

 
Sangat mengejutkan kerana denda maksimum hanyalah RM100.


dap300


SEREMBAN – Berhubung kes penipuan ‘gores dan menang’ yang tiada kesudahannya; DAP Negeri Sembilan menyatakan kekesalan apabila individu yang didapati bersalah atas kesalahan menipu hanya menerima hukuman denda RM100.

Setiausaha DAP Negeri Sembilan, Cha Kee Chin, berkata beliau berjumpa dengan Ketua Polis Daerah Seremban, OCPD Zainal Abu, beberapa minggu yang lepas.

“Saya minta pihak polis melakukan operasi menangkap individu yang menjalankan kegiatan ‘gores dan menang’ serta menipu mangsa.

“Pihak polis sememangnya ada membuka fail dan menyiasat individu terbabit di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Namun apa yang mengejutkan saya ialah pendakwaan dibuat di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil (menipu) di mana denda maksimum hanyalah sebanyak RM100.

“Adalah tidak masuk akal apabila ada mangsa ditipu puluhan ribu ringgit, ada yang ditipu ratus ribu ringgit, tetapi pesalah hanya dikenakan denda maksimum RM100.

“Jika hanya dikenakan denda maksimum RM100, maka pesalah tiada masalah untuk terus menipu dan mengulangi perbuatan tersebut,” kata Cha.

Cha yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepayang berkata, beliau telah menghantar satu surat rasmi kepada Ketua Unit Pendakwaan (Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri, Negeri Sembilan), Ahmad Terrirudin Mohd Salleh.

“Saya memohon jasa baik beliau agar pendakwaan ke atas anggota sindiket ‘gores dan menang’ dilakukan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan atau seksyen lain, yang dapat memberikan hukuman yang berat dan bersifat ‘deterrence’ ke atas mereka.

“Tindakan tegas dari segi undang-undang termasuk hukuman penjara dan sebat wajar dikenakan terhadap mereka yang terlibat, kerana kemudaratan yang terjadi kepada masyarakat amat besar sekali,’ katanya.

Sementara itu Ketua Biro Undang-Undang DAP Negeri Sembilan, AK Dass berkata, beliau mencadangkan agar dalam kes penipuan ‘gores dan menang’, pesalah didakwa di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan jika didapati bersalah mereka boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang setahun atau tidak melebihi 10 tahun, sebatan serta denda

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722