Menurut kenyataan tentera berkenaan, gencatan senjata itu akan dilakukan bermula pada 0700 GMT (3 petang waktu Malaysia) dan berakhir pada 1400 (10 malam waktu Malaysia), di semua wilayah kecuali di kawasan timur bandar Rafah di mana pertempuran masih berlangsung dan wujudnya tentera Israel di situ.
Pemimpin tentera Israel di Tebing Barat dan Gaza, Jeneral Yoav Mordechai bagaimanapun berkata, sekiranya gencatan senjata itu dicabuli, tentera akan mengadakan serangan balas.
Mordechai turut menggesa penduduk di Abasan al Kabira dan Abasan al Saghira, yang merupakan dua perkampungan di timur Khan Yunis di selatan Gaza, untuk pulang ke kediaman mereka bermula 0500 GMT (1 petang waktu Malaysia). - AFP