Oleh Nur Shakira Buang
SHAH ALAM: Ahli PKR dilihat tetap memberikan sokongan membuta tuli kepada parti meskipun perbalahan antara pemimpin semakin terserlah.
Bekas Ketua Penerangan PKR, Ruslan Kasim berkata ahli parti itu seolah menipu diri mereka dan masih berharap PKR akan berupaya menjadi parti peneraju yang akan menawan Putrajaya kelak.
"Pada saya bukan setakat tutup sebelah mata tetapi tutup dua belah mata, tutup telinga, tutup hati dan tutp segala-galanya.
Sokongan mereka pada saya adalah sokongan yang membabi buta. Mereka menyokong yang membabi buta dan tentang mereka kepada apa yang BN buat adalah tentangan yang sembrono," katanya ketika dihubungi Antarapos.
Malah, beliau menyifatkan perjuangan PKR kini hanyalah seperti perjuangan yang palsu dan tidak benar.
"Sebaliknya, perjuangan bersama PR itu hanyalah seperti perjuangan yang palsu, yang tidak benar, yang hanya indah khabar dari rupa. Rakyat yang mengikut mereka itu pada saya mereka yang hanya mereka yang terpukau dan silau dengan cahaya fata morgana itu sebenarnya yang berlaku," katanya.
Katanya lagi, ketaksuban ahli PKR itu kini telah menghalang mereka daripada menilai serta membezakan yang mana perjuangan untuk rakyat dan untuk peribadi.
"Mereka jadi golongan yang taksub, yang tidak boleh berfikir secara rasional, yang tidak boleh melihat yang mana intan dan yang mana kaca dan tidak boleh membedakan mana perjuangan yang benar dengan yang palsu, yang mana perjuangan untuk rakyat dan untuk peribadi.
"Jadi, pertembungan ini sedang berlaku hanya rakyat yang totok itu memang totoklah nampaknya. Jadi, pada saya yang hardkor itu kita tak boleh buat apalah kata apau pun kalau putih kata Anwar putihlah kata dia, klau hitam kata Anwar hitamlah kata dia," katanya.
Sehubungan itu, beliau menggesa ahli parti itu agar membuka mata, telinga dan hati untuk menilai sejauh mana keikhlasan PKR dalam memperjuankan nasib mereka seperti mana yang sering dilaungkan.
"Saya mengharapkan semakin hari semakin terbuka mata melihat apa yang benar, terbuka telinga mendengar apa yang benar, terbuka hati memahami apa yang benar. Selama ini saya yakin macam saya dululah, saya dulu kemaruk gila dan taksub keterlaluan dan apa sahaja yang dikatakan oleh Anwar itu pada saya adalah benar.
"Padahal akhirnya hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun bergant tahun barulah saya perasan, faham, mengerti. Saya ada mata saya melihat, saya ada telinga saya mendengar, saya ada hati saya faham maka saya dapat membuat pilihan bahawa perjuangan yang sebenar, tulen, perjuangan demi rakyat, agama, bangsa dan negara tidak lain dan tidak bukan adalah bersama Umno BN," jelasnya lagi.
PKR kini sedang melalui proses pemilihan yang bermula sejak April lalu. Bagaimanapun pemilihan itu masih belum berakhir sementelah berlaku kekecohan ketika pemilihan berlangsung sehingga memaksa beberapa buah Cabang mengadakan semula pemilihan.
Sepanjang proses pemilihan berlangsung, dikatakan berlaku tuding menuding di antara pemimpin yang bertanding termasuklah di antara calon Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Datuk Saifuddin Nasution.