RANCANGAN terbaru terbitan Astro yang kini mendapat perhatian ramai, 'Mimbar Pencetus Ummah' musim pertama telah berakhir semalam dengan manyaksikan Hafiz Mohd Haneefa dinobatkan sebagai juara.
Bertempat di Pusat Konvensyen, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis), Hafiz turut berjaya membawa pulang sebuah kereta Prius C, wang tunai berjumlah RM50,000, pakej umrah untuk dua orang, pakej percutian halal ke China dan sebuah trofi.
Sementara itu, tempat kedua dimenangi oleh Shahrul Hamid dengan membawa pulang wang tunai RM30,000.
Manakala tempat ketiga dimenangi oleh Mohamed Zaini dan keempat Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan, masing-masing membawa RM10,000.
Pada malam itu tiga juri tetap yang mengadili para peserta terdiri daripada Datuk Ustaz Hassan Mahmud, Ustaz Kazim Elias, dan Habsah Omar (Abby Fana).
Manakala Datuk Aznil Hj Nawawi bertindak sebagai juri jemputan.