Oleh: AFEEQA AFEERA
SHAH ALAM: Pembersihan etnik yang dilakukan kerajaan China terhadap masyarakat Uyghur di wilayah Xinjiang menyebabkan populasi kaum itu berkurang secara drastik sehingga 45 peratus setakat ini.
Naib Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Mohammad Raimi Ab Rahim, berkata antara modus yang digunakan adalah memindahkan rakyat Uyghur dan menggantikannya dengan imigran terdiri daripada kaum Han yang akan menjaga kepentingan republik itu di wilayah berkenaan.
Katanya, populasi etnik Uyghur bukan sahaja dikurangkan, bahkan mereka juga mendapat layanan kerakyatan kelas ketiga dan terpinggir daripada sebarang kemajuan ekonomi.
“Dulunya populasi etnik Uyghur ini adalah 95 peratus tetapi sekarang berkurang sehingga 45 peratus, manakala lebihan penduduk dibawa masuk dari luar ke wilayah itu sepanjang 60 tahun lalu.
“Apabila ramainya rakyat daripada etnik Han yang masuk, mereka diberi pekerjaan, bantuan ekonomi dan mendapat layanan kerakyatan kelas pertama, sementara golongan Uyghur ini terus terpinggir,” katanya dalam sesi temubual khas bersama Selangor Kini, baru-baru ini.
Raimi berkata, antara kaedah lain yang dilaksanakan China bagi mengawal populasi Uyghur adalah dengan menghadkan atau mengawal jumlah kelahiran, yang mana setiap keluarga dibenarkan untuk melahirkan satu atau maksimum dua orang anak.
Katanya, langkah itu sedikit sebanyak akan mengurangkan kadar kelahiran serta menurunkan populasi etnik berkenaan sehingga ada yang terpaksa menjadi pelarian di Afghanistan, Pakistan dan Turki.
“Bila itu berlaku, maka tercapailah hasrat kerajaan China untuk melakukan pembersihan etnik. Pengusiran dan pembunuhan juga berlaku, tetapi ia tidak berlaku secara terbuka,” katanya.
-NFN-